Populariti Khairulaming dalam kalangan rakyat Malaysia memang bukan biasa-biasa. Sebaris dengan Che Nom, Khairulaming sentiasa mencipta fenomena sampaikan yang selama ni tak pernah jejak dapur pun masakan dorang menjadi biarpun first time.

Dalam banyak-banyak resepi Khairulaming, resepi spageti carbonara dia memang sis tak boleh move on. 

Akhirnya ada juga yang buat spageti carbonara sendiri tanpa gunakan cream atau pun keju yang berlebihan sampai buatkan kita yang nak makan jadi over muak. Sebab biasa kita nak senang beli je terus yang dah siap, cumanya kalau perasan ada brand yang sos carbonara dia agak berbau.

So macam mana Khairulaming buat sos carbonara? Caranya mudah je.

  1. Pukul 3 biji telur yang sangat fresh dengan ½ cawan parmesan cheese sampai cheese tu larut.
  1. Masukkan spageti dalam air yang ditabur garam sikit bila air dah mendidih, sampai spageti masak.
  1. Goreng strip beef sekejap dan dalam minyak yang sama masukkan butter sikit. Lepas butter cair, masukkan spageti dan sikit air rebusan spageti tadi.
  1. Tutup api dan masukkan telur yang dipukul tadi tu dan kacau sampai tekstur kuah jadi creamy. Part ni kena hati-hati sebab kalau buka api, lepas tu kalau lambat kacau telur tadi akan berketul. Dia tak jadi creamy.
  1. Bila sos carbonara nampak dah likat, boleh masuk lada hitam dengan strip beef tadi dan siap untuk dihidang!

Senang je kan? Rasanya buat sendiri sos carbonara lagi sedap berbanding dengan beli yang dalam tin atau botol kaca tu. Rasa dia lagi fresh.

Tapi kalau buat gaya ni kena terus makan panas-panas. Untuk simpan mungkin akan kurang sedap sebab tekstur butter yang akan jadikan mi spageti tu keras sikit.

Jadi kalau korang nak buat untuk berbuka, bolehlah start buat dalam 10-15 minit sebelum waktu berbuka. Rasa dia memang macam yang korang makan dekat kedai tu.

Selamat mencuba!