Kes harian di Malaysia masih lagi mencatatkan jumlah yang membimbangkan. Dengan pelbagai varian baru yang muncul, memang semua orang berada dalam keadaan risau.

Nak buat swab test, ada yang dah sampai tak mampu menahan sakit bila hidung dan tekak dijolok. Lagipula masa menanti keputusan pun boleh sampai lebih 24 jam.

Sedar dengan keadaan ini, KKM akhirnya meluluskan kit ujian pantas yang boleh mengesan virus COVID-19 dengan hanya menggunakan air liur.

Tahap sensitivity menjangkau 90.9% dan kespesifikasi 100% buatkan pengguna boleh bergantung pada result kit ini. Cumanya, kena tahu cara simpan dan cara penggunaan yang betul supaya result ujian tiada risiko terkontaminasi.

Sebelum melakukan ujian ada beberapa benda penting yang kena buat iaitu baca arahan secara keseluruhan, berhubung dengan pihak kesihatan sekiranya ada soalan, cuci tangan sebelum membuka kotak kit ujian.

Caranya mudah je. Korang ikut step by step macam dalam gambar bawah ni:

Paling best dah tak payah tunggu sampai 24 jam. Dalam 10-15 minit je dah boleh tahu result ujian.

Kalau result ujian tunjukkan hasil positif, cepat-cepat hubungi HelpDesk di MySejahtera korang untuk langkah seterusnya.

Untuk elakkan daripada terbeli yang fake, sis sarankan korang beli dekat farnasi berdekatan. Sebagai contoh Farmasi Alpro yang sekarang ni tengah buat harga promosi RM39.90 je untuk 1 kit. Atau boleh juga beli dekat website www.alprooneclick.com.

Stay safe!