Berita buat mommies! Pernah dengar Motherhood.com.my? Ia merupakan platform keibubapaan nombor satu di Malaysia yang menawarkan pelbagai sumber untuk ibu dan bakal ibu di bawah Nuren Group tau. Baru-baru ni mereka telah menghargai lebih 100 jenama semasa Motherhood Choice Awards (MCA) 2022, satu majlis anugerah yang ditubuhkan untuk mengiktiraf jenama-jenama bayi dan ibu yang paling selamat dan inovatif di pasaran Malaysia. Menarik kan? Jom teruskan membaca.

Majlis itu dihadiri lebih 150 tetamu yang dihargai termasuk wakil jenama dari pelbagai industri, Pempengaruh Supermum serta rakan-rakan dan rakan kongsi Nuren Group dan Motherhood.com.my. Majlis yang turut berkolaborasi bersama Shangri-La Kuala Lumpur, Famsy Sdn Bhd dan juga BloomThis Flora Sdn Bhd, Motherhood Choice Awards 2022 juga dimeriahkan dengan sesi rangkaian sesama tetamu, memberi peluang kepada semua yg hadir untuk berinteraksi antara satu sama lain serta berpotensi membina hubungan profesional yang bermanfaat.

Tahu tak, dengan lebih 130,000 undian daripada ibu-ibu yang mengambil bahagian dalam tempoh mengundi, tetamu acara Motherhood Choice Awards 2022 juga telah menyaksikan Manulife Malaysia, Clearblue, Bio-Oil, Ayam Brand, BZU BZU, Anmum Materna, Anmum Essential, Vitagen, CryoCord, Tommee Tippee, Byond28 Confinement Care, Baby Carrie, Carrie Junior,  Bubs Easy-Digest Goat formula milk, Babylove, Tanamera, Sunway Pyramid dan Dr Aizul Hafizi Healthcare muncul sebagai jenama yang berjaya menambat hati para ibu dengan produk dan servis mereka yang inovatif dan menakjubkan! Mana-mana  jenama yang mommies tak pernah cuba lagi tu, boleh lah cuba sekarang.

Paling seronok, para tetamu dan peserta Motherhood Choice Awards tahun ini juga berpeluang untuk menyaksikan prapelancaran produk Nuren Group yang akan datang, The Parenting SuperApp oleh Motherhood! Hebat. Dirancang dan direka dengan teliti dengan tujuan untuk mendemokrasikan maklumat mengenai keibubapaan dan kehidupan keibuan, aplikasi tersebut merupakan inovasi yang terbaharu oleh syarikat ini. Aplikasi itu katanya bakal dirasmikan pada Q2 2023. Mommies boleh muat turun di sini okeh http://www.motherhood.com.my/superapp/.