Tiada bunyi apa-apa, tiba-tiba Zizi Kirana upload gambar pasportnya bersama Yusuf Bahrin. Satu Malaysia agak terkejut dengan berita ni dan tetap mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Betullah, rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya aturan Tuhan. Kalau dah ia ditakdirkan untuk kita, memang kita akan dapat. Tetapi sebagai manusia, kita tetap perlu ikhtiar.

Hari tu Nurflix.tv ada buat live IG pasal topik ni: Jodoh dan Ketentuan Allah SWT

Selain Zizi, ada juga Faralyna Idris dan Ustazah Asni Mansor sebagai panel  manakala Diana Amir sebagai moderator, banyak yang dorang bincang tentang takdir kehidupan dan jodoh.

Bercakap soal jodoh, Diana kata memang buat orang keliru & bimbang untuk buat keputusan sebelum bernikah sebab setiap wanita mengimpikan untuk dipertemukan dengan seorang lelaki yang terbaik untuk mereka, bukan je di dunia tapi juga di akhirat. 

Sampai timbul persoalan yang  macam kalau jalan yang dilalui mudah, itu ke jodoh? Tapi kalau susah pula , adakah ia bermaksud bukan jodoh?

Jawan persoalan ni, Ustazah Asni jelaskan yang setiap manusia tu kena yakin dan percaya bahawa rezeki tu di tangan Tuhan. Tak boleh nak letakkan yang perjalanan mudah tu sebagai fakta. Setiap orang ada perjalanan yang berbeza.

Jodoh akan jadi mudah kalau kita mudahkan urusan, ada je yang jadi susah tapi memang sudah tertulis itu jodohnya. Bukan sebab urusan tu susah tapi sebab kita yang ambil jalan susah.

Macam COVID-19 ni ajar ramai orang untuk mudahkan urusan perkahwinan termasuklah dari side ibu bapa yang mana tak perlu pun belanja besar dan focus pada yang wajib iaitu nikah. Bersanding tu cuma adat.

Jadi kalau korang ada plan nak mendirikan rumah tangga, semoga penjelasan ini dapat membantu serba sedikit.

Korang boleh juga tengok full live ni dekat IG NurflixTV okeh?