Buah pinggang merupakan organ yang terpenting untuk pastikan sistem tubuh boleh berfungsi dengan baik. Ramai yang tak sedar tentang penyakit buah pinggang mereka sebab tak ada simptom dan ia boleh berlarutan sehingga bertahun lamanya.

Dan sebab itu jugalah kerosakan buah pinggang hanya dapat diketahui bila buat pemeriksaan kesihatan secara total. Masa ni biasanya fungsi buah pinggang dah tinggal 15% sahaja.

Bila dah kronik, keadaan sakit tetap kekal walaupun dah dirawat di hospital. Dan untuk ubat biasanya selain daripada dialysis, doktor akan sarankan untuk prosedur pemindahan buah pinggang daripada penderma yang sesuai.

Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) dengan kerjasama CODE (Community Organ Donation Drive) akan mengadakan satu webinar secara percuma untuk memberikan maklumat kepada masyarakat mengenai pemindahan dan pendermaan buah pinggang bagi membantu mereka yang memerlukan.

Antara panel yang hadir ialah Pakar Nefrologi, Dr Shahnon Anuar Shahrani (Hosp Kemaman), Dr Nur Hidayati Mohd Sharif (Pusat Perubatan UiTM Sg Buloh) dan dua pasangan yang pernah menerima dan menderma buah pinggang mereka.

Jangan lupa hadir di webinar ini dengan live di FB NKF Sabtu ni 30 Oktober dari 10pagi sampai 12tengah hari tau. Nak senang boleh like and tekan butang notification dekat FB http://www.facebook.com/nkfmy/.

Bagi memberikan kefahaman untuk semua, sesi akan diadakan dalam Bahasa Malaysia. 

Jom korang, kita tambah ilmu.