Bila bercakap mengenai kebersihan diri, fokus biasanya akan lebih tertumpu pada rambut, kulit, gigi dan juga pakaian sehari-hari. Bagaimana pula dengan bawah lengan? Jangan anak tirikan kawasan bawah lengan kerana bahagian ini perlukan rutin penjagaan yang betul terutama sekali bagi kita yang berada di negara tropika. 

Bahagian bawah lengan, adalah kawasan tubuh badan yang mempunyai banyak kelenjar peluh dan cuaca panas serta pemilihan fabrik pakaian yang kurang sesuai akan membuat kita lebih senang berpeluh. Gabungan peluh, bakteria, dan pelbagai faktor lain boleh mengakibatkan bau yang kurang menyenangkan. Keadaan ini juga akan mengundang ketidakselesaan orang sekeliling seterusnya membuat kita kurang yakin dengan diri sendiri. 

Selain daripada mandi, membuang bulu dengan kaedah cukuran atau waxing dan menyental (scrub), penggunaan deodoran juga penting untuk mengelak bahagian bawah ketiak berbau. Tetapi dengan pilihan deodoran yang banyak di pasaran, yang mana satu sesuai dengan anda?

NIVEA baru-baru ini melancarkan rangkaian deodorant pencerahan baharu iaitu NIVEA Extra Bright Premium Fragrance. Deodoran ini merumuskan khas bagi memberi penjagaan khusus untuk kulit bawah lengan. Ia bukan sahaja dapat menghilangkan bau dan memberikan kesegaran wangian eksklusif #SignatureScent yang berkekalan tetapi juga mengandungi 10X Vitamin C yang mampu mencerah dan melicinkan kulit bawah lengan. 

Rangkaian deodorant baru ini didatangkan dalam 3 varian wangian eksklusif berkekalan; Velvet Romance, Fresh Lavier and Miracle Sweet. 

“Rangkaian deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance adalah hasil daripada penyelidikan dan maklum balas yang kami terima daripada golongan wanita dari semua lapisan masyarakat. Kami mendapati bahawa 90% wanita berasa lebih yakin apabila mereka memakai wangian berbanding tanpa sebarang wangian. Para wanita ingin meningkatkan keyakinan dengan berbau wangi dan penampilan yang terbaik, tanpa mengabaikan keperluan asas penjagaan diri,” ujar Ng Hock Guan, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura.

Selebriti tempatan dan influencer dalam industri kecantikan dan penjagaan diri seperti Amyra Rosli, Sweet Qismina, Nabila Razali, Cherry Quah, Elecher Lee dan Nana Bebu adalah antara pengguna rangkaian deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance serba baharu ini. 

“Saya suka wangian varian Velvet Romance. Wangian bunga peony membuatkan saya sentiasa wangi dan merasa istimewa serta ia bersesuaian dengan gaya hidup saya. Memandangkan saya mempunyai banyak komitmen dan sentiasa aktif, saya menghargai produk yang mudah digunakan, praktikal dan memberikan pelbagai faedah seperti deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance, yang kini telah menjadi wangian harian saya. Ianya bukan sahaja meningkatkan keyakinan saya tetapi juga membantu saya kekal segar sepanjang hari sambil menyihatkan kulit bawah lengan saya pada masa yang sama.”

  • Amyra Rosli, pelakon 

“Sebagai pengguna setia deodoran NIVEA, saya kagum dengan gabungan unik wangian eksklusif dalam deodoran tanpa mengabaikan penjagaan diri. Selain itu, 10X Vitamin C mampu memberikan kulit bawah lengan saya lebih cerah dan licin. Secara peribadi, saya menyukai varian Fresh Lavier dengan wangian Aqua Breeze, yang membuatkan saya rasa selesa sepanjang hari. Selain itu, ia mampu memberikan keyakinan yang berbeza ketika saya berada di atas dan di luar pentas!” 

  • Nabila Razali, penyanyi & pelakon

“Sebagai peminat minyak wangi, saya terpukau dengan kualiti wangian eksklusif yang digunakan dalam deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance terkini. Saya telah mencuba banyak wangian lain dan saya memberi jaminan bahawa deodoran wangian ini adalah setanding dengan minyak wangi lain yang terkenal di pasaran. Selepas mencuba selama sebulan, varian Miracle Sweet kini menjadi pilihan harian saya kerana ia mampu menaikkan keyakinan saya serta menemani saya sepanjang hari tanpa mengabaikan penjagaan diri.”

  • Elecher Lee, content creator & usahawan.

Rangkaian deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance boleh didapati di semua cawangan Watsons, farmasi dan NIVEA Official online store dalam botol Spray 150ml dan botol roll-on 50ml dengan harga RM21.80 dan RM15.90.