Santan dan menu orang Malaysia memang tak dapat dipisahkan. Nak nak bila musim Hari Raya. Rata-rata masakan yang ada atas meja tu semuanya bersantan. Lemang, ketupat, rendang, kari, lontong dan macam-macam lagilah.
Tapi tahu tak sebenarnya santan ada banyak jenis dan kegunaannya berbeza ikut juadah? Haa, baru tahu kan? Samalah kita. Nasiblah Puan Ummi Syuhada ni share pasal ni. Kalau tidak, memang tak tahu!
Santan Kotak Kara, Ayam Brand, M&S
Santan Kara ni tekstur dia pekat, jadi sesuai untuk masakan berkuah sebab teksturnya kental dan susah untuk pecah minyak. Kalau yang baru-baru try nak belajar masak kuah santan, boleh try yang ni.
Macam masak lemak cili padi, memang sedap. Nak lagi kalau panaskan 2-3 kali. Tapi kalau gunakan Kara dalam rendang, bila terlebih letak nanti korang akan perasan yang tekstur akan jadi tebal. Jadi kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging berlemak tak payah tumis sebab lemak akan keluarkan minyak.
Kalau nak gunakan Kara untuk pulut bersantan, kena cairkan dulu dengan air panas. Kalau tak nanti masa nak gaul dengan pulut dia jadi susah nak sebati. Untuk M&S, masa nak masak dengan pulut boleh terus gaul sebab larut dalam air. Sama juga macam Ayam Brand.
Kalau nak masak lemang cup yang kukus atas api dapur je tu, boleh guna Ayam Brand. Cantik sebab boleh terus masukkan dalam beras. Kalau guna Kara, maybe kena cairkan dengan air panas dulu. Baru boleh masukkan.
Santan Segar
Santan segar ni lepas beli terus masuk dalam chiller. Tapi kalau dalam kuantiti yang banyak contoh 1kg masukkan dalam freezer sebab ada risiko untuk basi kalau korang letak lama dalam chiller.
Nak tahu santan segar bercampur air ke tak, bila beku tu tak ada air batu terasing dekat bawah. Kalau ada air batu, tu santan cair. Lalukan je bahagian ais tu bawah air kalau nak pati.
Biasanya resepi rendang 1kg daging dan 1kg santan. Tapi kalau guna pati macam ni boleh guna ½ kg pun dah cukup. Lepas tu kalau beku, bila nak guna untuk rendang & nasi lemak terus je masuk. Tak payah tunggu cair.
Tapi kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dalam bekas berisi air dulu. Dah cair baru boleh guna. Kalau tak pecah minyak nanti.
Santan Serbuk
Santan serbuk ni penyelamat tau bila masakan tu tak pekat. Tapi nak masukkan tu kena letak setempat je, api pun kena kecil. Kalau tak yakin, larutkan dulu baru masukkan.
Paling sedap buat pudding, agar-agar bersantan dan nasi lemak. Rasa dia creamy. Kalau yang perisa pandan, memang sedap & sesuai untuk nasi lemak.
Dan paling penting boleh simpan lama. Sebab lebih murah!
Terima kasih Puan Ummi Syuhada sudi share. Kalau tak memang pakai je mana yang ada.
Kredit: Ummi Syuhada via MAHN