Sejauh mana korang pentingkan kesihatan mata? Dan bagaimana korang pastikan yang ia memang penjagaan yang disarankan pakar kesihatan mata? Hakikatnya, memang ramai yang mementingkan kesihatan, tapi ramai juga yang terlupa mengenai penjagaan anggota badan yang satu ini.

Dalam satu penyelidikan yang dilakukan Tinjauan Mata Kebangsaan pada 2018, perxaya tak yang 15,000 individu telah diperiksa untuk kehilangan penglihatan (buta) pada tahun 2018, dan 58.6% daripada mereka telah didiagnosis dengan katarak yang boleh dicegah jika ia dikesan lebih awal?

Manakala tambahan daripada Banci Mata Kebangsaan pada tahun 2014 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengenal pasti bahawa 413,000 rakyat Malaysia berumur 50 tahun ke atas telah direkodkan mengalami beberapa jenis masalah penglihatan dan 113,000 daripada mereka menghadapi buta kekal dengan 43,000 kes disebabkan oleh katarak yang mungkin boleh dicegah dengan pemeriksaan awal.

Data yang agak merisaukan bukan?

Disebabkan pandemik, gaia hidup rakyat Malaysia berubah secara drastik. Kebanyakan masa banyak dihabiskan di hadapan skrin digital menjadikan perlunya pemeriksaan profesional sekurangnya setahun sekali.

Kalau korang memang pakai cermin mata atau kanta sentuh preskripsi, Optometris dari peruncit optic terkemuka Malaysia, MOG Boutique, Yoyo Foong menyarankan supaya sekurangnya pemeriksaan untuk menggantikannya adalah dua tahun sekali. 

Walaupun 3 O (Optometris, Oftalmologis dan Opticician) boleh membantu dalam mengesan dan mencegah penyakit mata, tanggungjawab utama terletak pada diri sendiri.

Nak jaga mata tak susah pun. Ada beberapa perkara yang boleh korang buat untuk melindungi penglihatan. Antaranya: 

  1. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
  2. Bersenam dengan kerap
  3. Pakai cermin mara hitam untuk melindungi mata daripada sinaran UVA/UVB
  4. Elakkanmerokok
  5. Beli kanta sentuh (contact lens) daripada kedai optik yang boleh dipercayai
  6. Rehatkan mata dengan guna teknik 20-20-20 (Untuk 20 min depan skrin, lihat sesuatu yang jaraknya 20 kaki jauh selama 20 saat)

Dan tahukah anda, dengan pemeriksaan mata, potensi risiko untuk penyakit lain seperti kanser, tekanan darah tinggi dan diabetes boleh dikesan dengan awal. 

Jadi jangan lupa dapatkan pemeriksaan untuk mata korang demi kehidupan yang lebih baik!