Uols tahu tak baru-baru ni Habib Group ada melancarkan Pameran Barangan Kemas Jenama Antarabangsa buat pertama kalinya. Antara jenama-jenama yang terlibat termasuklah HABIB, Hearts On Fire ®, Stephen Webster, Korloff, Pandora, Tous dan Ice Watch. Bangga sis dapat menyaksikan jenama tempatan kita sendiri berdiri setanding dengan jenama antarabangsa yang lain.
Selain daripada barangan kemas dan perhiasan mewah, terdapat juga barangan lain yang disediakan termasuk lah aksesori, jam tangan, minyak wangi, scarf, cermin mata dan barangan kulit. Bertambah seronok lah nak cuci mata ye dak?
Haa untuk wanita-wanita yang sukakan barangan kemas tu, jom reramai pakat datang ke ruang legar IOI City Mall, Putrajaya bermula 27 Julai sehingga 7 Ogos 2022 ni.
Tengoklah sis dah bolot 999 Gold Wafer Coin untuk mak, mak mertua dan tentulah satu untuk diri sendiri. Uols bila lagi? Dah gaji dah ni hihi.