Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus

Sebelum ni kalau mommies perasan ada 1 group masakan di FB yang mulai viral. 

Group ni memang dapat sambutan ramai sbb mereka akan post tentang masakan yg dibuat hari tu kurang memuasakan. 

Tapi dari keadaan yang menghiburkan itu bertukar menjadi kontroversi apabila seorang wanita membuat laporan polis kerana terdapat unsur penghinaan berikutan pau yg dikukusnya menjadi hangit.

“Ada 2 pemilik akaun nama J*** dan L** R*** telah menghina masakan saya. Mereka seolah-olah tidak puas hati dan komen yang bukan bukan tentang masakan saya. Siap ada gambar bab1 dan sebagainya. Komen mereka seperti tidak puas hati dengan masakan saya.”

Berikut merupakan beberapa komen netizen yang disertakan wanita tersebut yang didakwa mengandungi kata-kata [email protected] dan [email protected] terhadap beliau.

“Dah macam pau kau kena ramas ramai-ramai. Deje.”

“Try hard nak jadi bod0. [email protected] like.”

“… Ni nampak tua. Tak lawa. Dah lanjut menggelebeh. ..”

“Bab1 aku kukus jagung letak dalam bekas plastik tak hangus la makcik”

“Try hard sangat nak tunjuk bod0h dia. Takut kena kecam jangan post apa-apa langsung la ng0k.”

“(gambar bab1) Dengan emoji ni pun takut ke? [email protected] [email protected] betul”

“Ketiak hitam tak per jangan pau hitam”

Tambah wanita itu lagi, dia memasukkan gambar pau hangus itu adalah sekadar untuk berkongsi dan bukannya untuk menerima hinaan.

Posting itu dinaikkan pada semalam, tetapi ruang komen pada hantaran tersebut kini telah ditutup oleh admin group tersebut.

Sumber: FB MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL

uols mungkin minat baca:
Hanya guna microwave, 9 menu boleh dihidang!
Puding tembikai dessert menarik di bulan Ramadhan