Bila harga minyak dah naik berganda dari sebelum ni, sis pun cubalah try mana boleh jimatkan minyak tu, sis jimatkan. Tapi nak dijadikan cerita, sis buat percubaan goreng ayam guna air fryer.
Tak baca panduan dekat mana-mana sis masuk je ayam yang dah gaul dengan garam & kunyit sikit dalam air fryer ikut suhu yang disarankan dekat air fryer. Tapi! Hmm, tak seleranya lah sis tengok ayam sis. Kering semacam je! Nak makan pun tak rasa takut.
Lepas tu sis insoff sekejap. Kena berguru dulu, tak boleh ikut suka je masuk air fryer. Tengah cari-cari sis terjumpa satu posting dalam group Facebook Resepi Air Fryer.
Rupanya nak ayam cantik berkilat, kenalah spray minyak sikit. Goreng 10 minit dengan suhu 200 darjah. Lepas tu spray lagi minyak dan bakar dalam suhu sama lagi 10 minit.
Fuh, ini kalau sis Noor Fazlynn tak bagitahu, memang sis goreng je minyak atas dapur tu kalau nak ayam cantik macam selalu.
Sis dah try and rasa ayam pun lebih crunchy tau. Hidup pun lebih sihat sebab tak ada minyak dan tak pening nak fikir harga minyak naik mendadak. Korang pun kenalah cuba sekali. Nanti review pulak, jadi ke tidak okey?
Kredit petua: Noor Fazlynn via Resepi Air Fryer Malaysia
Kredit gambar utama: reference.com