Dah penat terpusing tergolek atas katil, tapi mata masih lagi tak nak terkatup. Entah apa yang susah sangat nak masuk alam mimpi ni tak tahulah.
Ramai kan sebenarnya alami masalah susah tidur ni. Kadang makin meningkat usia, makin susah nak dapat tidur yang berkualiti. Selain daripada gaia hidup, banyak lagi faktor lain yang jadi punca kepada masalah ni.
Antaranya tengok telefon sebelum tidur. Bila dah menghadap fon, otak akan anggap yang lampu dari telefon adalah cahaya siang. Jadi bila ini berlaku, badan tak akan keluarkan melatonin yang secukupnya untuk bantu kita tidur.
Tambah pula sekarang ni ada pekerjaan yang perlukan bekerja secara shift. Bila ada waktu tidur yang berbeza, ia akan jadi punca badan terganggu dan kita susah untuk tidur. Sampai kalau tidur pun tak rasa nak bangun esoknya.
Ada banyak cara nak rawat masalah susah tidur ni. Antaranya dengan amalkan gaya hidup sihat, elakkan pengambilan kafein pada waktu malam dan pastikan keadaan bilik tidur membantu untuk tidur.
Contoh keadaan bilik tidur yang membantu ialah bilik tidur yang bersih dan wangi. Atau pun keadaan katil yang selesa.
Pemilihan cadar salah satu yang perlu diambil kira. Cuba bayangkan kalau tidur pada cadar yang tidak sesuai contohnya yang diperbuat daripada jenis fabrik tak menyerap peluh. Kalau hari panas mesti tak selesa kan?
Sebab itulah cadar daripada Gaias ni patut jadi pilihan kalau memang kita betul-betul nak lena dengan tidur yang berkualiti. Dengan 300 jumlah benang yang digunakan, fabrik cadar yang terhasil terasa halus dan selesa walaupun dah berkali-kali dicuci.
Kebanyakan cadar yang ada dijual di Malaysia diperbuat daripada kapas atau linen sebab harga kedua ini sangat affordable. Dan korang tahu tak sekarang ni ada satu lagi cadar alternatif eco-friendly yang boleh korang cuba iaitu Tancel.
Dan ini yang Gaias gunakan dalam pembuatan cadar mereka. Menarik kan untuk dicuba? Mana tahu inilah solusi kepada masalah tidur kita selama ini. Maklumat lanjut boleh terus ke website gaishome.com