Yang mana lebih bagus… minum air sebelum atau selepas makan?

Kita selalu makan, mesti ada yang minum air lepas tu sambung makan lagi. Tapi tak pernah fikir, sama ada perkara tu bagus atau tak. 

Mommies semua, jangan ambil mudah okay! ada sebab kenapa cik ju cakap macam ni. hehe

Fahami Gerak Kerja Sistem Penghadaman

Sistem penghadaman yang normal bermula apabila kamu mengunyah makanan, dan kunyahan tersebut akan memberi isyarat pada kelenjar air liur untuk menghasilkan air liur yang mengandungi enzim yang boleh mencerna makanan.

Makanan yang masuk ke dalam perut bercampur dengan cecair gastrik berasid yang dikenali sebagai chyme, chyme ini berfungsi mencernakan segala nutrisi makanan ke dalam salur darah.

Kredit: Arkib Wanista

Kesemua nutrisi yang diserap oleh chyme ini semasa melalui usus kecil dan hanya sebahagian kecil nutrisi yang diserap oleh usus besar.

Apabila nutrisi telah berada dalam saluran darah ia akan diagihkan kepada beberapa bahagian di dalam badan, dan pencernaan akan berakhir apabila lebihan bahan dimasukkan ke bahagian sistem pembuangan biologi tubuh.

Proses pencernaan boleh mengambil masa dalam tempoh 24 jam hingga 72 jam, ianya bergantung apa yang kamu makan.

Kesan Minum Air Sambil Makan

Dalam perdebatan isu minum air sambil makan ini, banyak pandangan positif dan negatif bercampur aduk. Ini antara beberapa pandangan yang dikongsikan, berlaku apabila seseorang itu minum air sambil makan di bawah.

Makan sambil minum air beralkohol boleh menyebabkan air liur cepat kering

Manakala minum air jenis berasid semasa makan pula boleh menyebabkan jumlah air liur bertambah.

Selain itu, minum air sambil makan boleh mengurangkan pengambilan kalori harian. Ia mengurangkan nafsu selera makan. Bukan itu saja, minum air semasa makan boleh membantu sistem penghadaman memudahkan proses mengunyah dan menelan makanan.

Minum air sambil makan juga menyebabkan usus mengembang

Kesan Minum Air Selepas Makan

Bagi yang telah diajar untuk minum air selepas makan dengan ideologi ianya dapat melancarkan sistem penghadaman, perspektif tersebut mendapat tentangan pakar nutrisi di seluruh dunia berdasarkan kajian yang ditemui.

Kredit: Organic Authority

Minum air selepas makan akan menyebabkan usus lambat untuk menghadam makan yang terdapat di dalam perut.

Selain itu, minum air selepas makan juga akan menyebabkan kamu berasa cepat lapar dan akhirnya menyebabkan diri kamu terlebih makan dan kembung perut.

Boleh menyebabkan jus gastrik menjadi cair lalu menyukarkan enzim pencernaan untuk mencerna makanan dalam perut.

Mana Bagus Minum Air Sambil Makan Atau Selepas?

Kredit: Cauldrons and Cupcakes

Pakar nutrisi Dr. Anju Sood merekomen bagi yang minum air selepas makan untuk minum air 30 minit selepas makan.

Ini kerana tubuh pada waktu itu, sedang memproses sistem penghadaman kamu. Manakala bagi yang minum air sambil makan, disarankan untuk minum air dalam kuantiti yang sedikit, bagi memudahkan proses mengunyah dan menelan makanan.

Panduan Untuk Mendapatkan Sistem Penghadaman Yang Sihat

Jaga kesihatan kamu dengan menjaga sistem penghadaman diri, ini antara yang boleh kamu fokuskan untuk mendapatkan sistem penghadaman yang baik dan sihat, selain banyak minum air.

Kredit: Arkib Wanista
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Banyakkan makan buah-buahan
  • Kena rajin makan sayur-sayuran dan bijirin
  • Kekalkan berat badan yang sihat dan seimbang
  • Lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam untuk kesihatan diri
  • Jaga kesihatan diri dengan kekal hidrat. 

Selamat beramal♥

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun