Bukan hanya memegang title Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar juga merupakan seorang pakar motivasi yang selalu menyentuh isu-isu parenting.
Baru-baru ni beliau menyentuh isu dari usia mana ibu bapa boleh mengenal pasti jenis personaliti dan peribadi anak-anak yang lazimnya dominasi ke arah satu sama ada penglihatan, pendengaran atau qalbu.
Turut berkongsi personaliti anak-anaknya, menurut Dr Sheikh Muszaphar, Bella lebih kepada personaliti pendengaran yang mana dia perlu mendengar untuk menyelesaikan kerja yang dilakukan. Jadi untuk peperiksaan, Dr Sheikh Muszaphar menjelaskan beliau hanya perlu bacakan kepada dia.
Berbeza dengan Tasha, Tasha lebih kepada penglihatan yang mana dia perlu melihat segalanya di depan mata dan tidak cukup dengan hanya mendengar. Jadi bila beliau mengajar Tasha, Dr Sheikh Muszaphar akan menulis untuk Tasha lebih mudah faham.
Manakala si kembar Adam lebih kepada personaliti jenis qalbu yang perlu ditangani emosinya. Noah pula sama seperti Tasha. Si kecil Eusoff dan Emelia masih belum dikenal pasti lagi.
Menjawab persoalan daripada usia berapa personaliti anak-anak boleh dikenal pasti, Dr Sheikh Muszaphar menerangkan seawal usia 3 tahun teras dominan akan muncul dan biasanya pada usia 5 tahun ibu bapa dah boleh kenal pasti.