Sesiapa penggemar barangan kemas dekat sini, sila angkat tangan! Ha mesti uols kenal sangat lah dengan Koleksi Oro Italia 916 yang unik dan berkualiti ni. Kalau nak tahu, sejak tahun 2010 koleksi ini sudah pun berkembang dengan lebih banyak pilihan yang menarik hati dan jiwa setiap lapisan umur tau. Lagi-lagi sekarang ni tengah berlangsungnya Kempen HABIB Oro Italia 916 sehingga 20 November 2022. Habis nak kena heboh dekat group WhatsApp kejap lagi.

Uols sakan betul membeli ya tapi tahu tak tu maksud perkataan ‘Oro’ ni? ‘Oro’ sebenarnya dipetik daripada perkataan Itali yang bermaksud emas. Nak dijadikan cerita, Dato’ Sri Meer Habib yang merupakan seorang usahawan yang berpandangan jauh dalam perniagaan mula mengorak langkah ke negara Itali dimana negara ini terkenal dengan kepakaran pertukangan dan rekabentuk barang kemas emas berkualiti. Pada masa itu, Itali lebih menumpukan kepada emas  750 (18K), membuatkan HABIB mencetuskan idea baharu dengan melakukan proses penyelidikan dan kajian selama 2 tahun. Maka terhasillah barangan kemas emas Itali dengan mutu emas 916 (22K) yang serasi dengan budaya rakyat Malaysia.

Yang paling menariknya setiap rekaan mempunyai penceritaan tersendiri, dan kehalusan serta kekemasan yang tidak dapat ditangani. Mana tak nya, butiran manik yang dipilih dan disusun satu persatu bagai menjahit sulaman di atas kain tau. Dan tak perlu nak risau, Koleksi Oro Italia 916 HABIB kini menawarkan pelbagai jenis bentuk dan saiz untuk uols demi memenuhi citarasa setiap pelanggan yang berbeza! Boleh dah tu bersepakat dengan jiran tetangga nak pergi serang bilik pameran HABIB yang berdekatan. Orang kata, biar menyesal beli daripada menyesal tak beli hihi.