Hai mommies! Mesti ada yang buntu kan, permainan apa yang sesuai untuk anak-anak kita mengikut peringkat umur betul tak? Yelah..zaman sekarang ni anak-anak nak cari gadjet je memanjang. Tak elok sebenarnya untuk perkembangan mereka tau. Untuk musim cuti yang akan tiba ni, Jenama Hasbro telah menyediakan Holiday Toys Gift Guide untuk kesenangan ibu bapa ataupun si pemberi hadiah untuk memilih permainan yang sesuai bagi anak-anak kecil. Jom teruskan membaca!

  1. Play-Doh Colourful Cafe Playset (3 tahun ke atas)

Mommies boleh menyerlahkan imaginasi anak-anak dengan set kafe olok-olok ni. Ia membolehkan anak kita menjadi lebih kreatif untuk membuat kopi, teh, frappe atau smoothie tau! Boleh dah tu nak memupuk kemahiran memasak anak-anak dari sekarang, mana tahu besar nanti boleh jadi barista terkenal? hihi. 

  1. Mini Ribbon Hairstyle Sunny (5 tahun ke atas)

Sesuai dihadiahkan untuk anak-anak perempuan uols yang suka berdandan. Dari sini boleh terbentuknya dalam diri kanak-kanak untuk menguruskan kekemasan diri, dengan menyikat rambut dan membuat dandanan yang lebih berstail. Set warna-warni ini akan lebih menarik perhatian mereka untuk bermain ketika musim cuti sekolah akan datang. Risau mommies pula yang kebas nak main juga, oppps!

  1. NERF Elite 2.0 Eaglepoint RD-8 Blaster (8 tahun ke atas)

Kalau uols mencari permainan yang menggalakkan pergerakan dan aktiviti pada anak-anak, ini adalah hadiah yang sesuai. Permainan ini akan meningkatkan kemahiran tempur dan pergerakan motor seperti membongkok dan melompat bagi membina koordinasi untuk sebarang misi!

  1. Monopoly Secret Vault (8 tahun ke atas)

Kemahiran fungsi eksekutif otak adalah penting untuk perkembangan anak-anak uols ye.  ‘Monopoly’ merupakan salah satu permainan yang hebat untuk membantu mengembangkan kemahiran mental yang meningkatkan fungsi eksekutif, termasuk ingatan, kawalan diri dan pemikiran fleksibel. Mak ayah pun boleh main dengan anak-anak tau, nanti siapa kalah kena belanja aiskrim! 

Kalau mommies nak hadiahkan anak-anak permainan yang lain selain di atas, boleh ke https://shop.hasbro.com/ untuk cuci mata.