Sejak dari minggu lepas lagi, kecoh mengenai pasangan selebriti yang sentiasa terlihat mesra dan romantis di media sosial, Rizky Billar yang dikatakan memukul isterinya, penyanyi dangdut Lesti Kejora.
Kalau sebelum ni ramai yang bersimpati dengan nasib Lesti dan marah dengan tindakan Rizky. Tapi kali ni ramai yang keliru dengan keputusan Lesti yang menarik balik laporan polis dipukul suaminya selepas pulang daripada umrah.
Namun bila ditanya alasannya, menurut peguam Rizky alasannya sangat peribadi. Bagaimanapun tiada lagi keterangan rasmi dan tidak rasmi daripada Lesti yang hadir ke Balai Polis Metro Jakarta Selatan bersama ayah dan peguamnya.
Betullah hati wanita ni macam kerak nasi. Keras macam mana pun, kalau direndam dalam air lembut jua akhirnya.
Doa yang baik baik sahajalah buat pasangan ini.