Tak dinafikan saat ini adalah saat yang sukar untuk semua orang. Biarpun ramai yang terjejas daripada segi ekonomi, jangan dilupakan juga mereka terjejas daripada segi kesihatan fizikal dan juga mental.

Faham dengan krisis yang disebabkan pandemik ini, Coway dengan kerjasama MERCY Malaysia telah jalinkan kerjasama untuk sampaikan bekalan makanan asas kepada komuniti yang memerlukan & terjejas.

Dengan dana sumbangan RM400,000 daripada Coway kepada Program Bantuan Bakul Makanan MERCY Malaysia ramai yang boleh dan akan dibantu untuk diringankan beban yang dihadapi.

Dengan nilai ini, sebanyak 3,600 pek makanan dapat disumbangkan kepada golongan memerlukan di seluruh negara, bukan je dalam kalangan komuniti B40, tapi juga golongan frontliner, OKU, pelarian dan rumah perlindungan.

Bantuan ni juga merupakan salah satu komitmen syarikat untuk berdiri teguh seiringan dengan rakyat Malaysia yang sedang berjuang untuk menghadapi cabaran ini. 

Sama-samalah kita berganding bahu bersama menghadapi cabaran pandemik ini. Yang penting, jangan lupa vaksin dan amalkan SOP yang ditetapkan tau!Nak tahu lanjut pasal aktiviti ni, korang boleh layari https://www.coway.com.my/.