Korang tahu tak pad dan cangkuk bra dicipta bukan untuk wanita pada asalnya?

Cik Ju suka bercakap dengan wanita yang cantik dan cerdik, banyak ilmu pengetahuan. 

Masa yang sama Cik Ju suka dengan orang yang tak sombong, so kita boleh tukar idea, kongsi pengetahuan yang kita ada sesama kita. 

So, kita tak akan jadi perempuan bimbo! Tahu kan? Bimbo tu perempuan cantik tapi akal ke laut, kurang ilmu. Well memang ada wanita yang jenis ini. 

Selain daripada tips korang perlu tahu, uols juga perlu tahu terdapat beberapa perkara yang diwujudkan di atas dunia ini bukanlah untuk wanita, termasuk lah kasut tinggi, beg dan juga pad!

So kalau yang baru tahu, jom kita share fakta ni beramai-ramai. 

1. Pad pakai buang

Pad haid yang boleh didapati secara meluas pada masa kini sebenarnya dicipta semasa Perang Dunia Pertama. Salah seorang pekerja syarikat Kimberly-Clark Corporation menemui sejenis kapas (kemudiannya diberi nama Cellucotton) yang mempunyai kadar resapan lima kali ganda lebih baik daripada kain kapas biasa dan jauh lebih murah.

Cellucotton kemudiannya dijadikan bahan utama membuat kain pembalut luka (dressing) bagi askar yang tercedera. Bagaimanapun, para jururawat wanita kemudiannya mula merasakan bahawa bahan Cellucotton ini sangat sesuai sebagai pelapik bagi meresap darah haid mereka.

Sumber : iluminasi 

Namun, pihak Kimberly-Clark tidak pernah menghiraukan akan perkara ini sehinggalah permintaan terhadap Cellucotton turun mendadak selepas perang.

Dengan melakukan sedikit perubahan pada rekabentuknya, maka pada tahun 1920, pad pakai buang pertama dunia telah dijual dengan menggunakan nama Kotex.

2. Kasut tumit tinggi

Tahukah anda rekaan kasut tumit tinggi sebenarnya dicipta bukan untuk wanita, kerana mereka mula memakai kasut tumit tinggi pada abad ke-17.

Rekaan kasut sebegini pertama kali dicipta untuk askar Parsi pada abad ke 10. Rekaan ini membolehkan kasut mereka memijak tempat pemijak (yang dipasang pada kuda) dengan lebih kukuh dan membolehkan mereka memanah atau melakukan serangan terhadap musuh ketika menunggang kuda.

Golongan wanita mula memakai kasut bertumit tinggi kerana rekaan kasut sebegini akan menjadikan kaki mereka kelihatan lebih kecil. Pada waktu itu, kebanyakan wanita memakai skirt panjang dan pemakaian kasut bertumit tinggi menjadikan bahagian kaki hadapan mereka tersorok daripada pandangan ketika berdiri berhadapan dengan orang lain.

3. Beg tangan

Wanita dan beg tangan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Segalanya terkandung di dalam beg tersebut sama ada alat solek, barangan peribadi, penyembur wangian dan macam-macam lagi.

Namun, jangan terkejut kerana asalnya beg tangan dicipta untuk orang lelaki zaman dulu memandangkan pakaian mereka tidak mempunyai poket untuk meletakkan wang.

Sumber : iluminasi 

Konsep beg tangan moden yang dilihat pada masa kini wujud pada awal 1900-an. Pereka fesyen pada waktu itu menggunakan reka bentuk beg tangan lelaki tetapi diubah suai sedikit seperti penambahan tali dan beberapa poket dalaman bagi menjadikannya lebih praktikal.

Namun, kini kita boleh lihat semakin ramai golongan lelaki mula menggunakan kembali beg tangan bagi meletakkan gajet seperti telefon pintar dan tablet. Malah, penggunaan beg tangan bagi orang lelaki juga diterima luas sebagai fesyen pada masa kini.

4. Cangkuk bra

Mark Twain, seorang penulis terkenal tidak gemar memakai “suspenders” (tali getah seluar). “Suspender” merupakan tali yang akan digantung pada bahu bagi memastikan seluar tidak terlucut ke bawah. Maka, dia telah mencipta pencangkuk besi yang boleh mengetatkan seluar di bahagian pinggang.

Sumber : iluminasi 

Pencangkuk besi yang diciptanya itu sama dengan apa yang biasa terdapat pada bra wanita. Ciptaannya ini juga telah dibentuk pada tahun 19 Disember 1871. Pencangkuk ini asalnya digunakan untuk baju, seluar, seluar dalam dan korset sebelum akhirnya menjadi elemen wajib yang ada pada setiap bra.

5. Jeans “skinny”

Seluar jeans pertama dicipta Jacob Davis dan dia merupakan seorang tukang jahit. Pada ketika itu ramai lelaki bekerja sebagai pelombong dan ia merupakan zaman “Gold Rush” di California.

Sumber : iluminasi 

Terdapat permintaan tinggi terhadap seluar tahan lasak dan dia telah membeli kain tahan lasak (kini dikenali sebagai jeans) daripada Levi Strauss (pengasas jenama Levi’s) dan mula menjual seluar tersebut.

Ternyata ia mendapat permintaan tinggi dan kedua-dua individu ini telah bekerjasama menjual seluar ini secara besar-besaran.

Sumber : iluminasi 

Jeans pada awalnya hanya dipakai orang lelaki sehinggalah pada tahun 1930 apabila syarikat Levi Strauss & Co mencipta jenama “Lady Levi’s® Lot 701”, sebuah jenama jeans yang dipasarkan untuk golongan wanita. Potongan seluar ini juga berlainan, mengikut bentuk potongan kaki wanita.

6. Warna merah jambu

Ini bukanlah sejenis barangan, tetapi sekadar warna. Secara umumnya, warna merah jambu pada masa kini dikaitkan dengan wanita. Disebabkan itulah, bayi perempuan biasanya dipakai dengan pakaian berwarna merah jambu. Namun, tahukah anda warna merah jambu dahulu sebenarnya lebih sinonim dengan orang lelaki?

Pertukaran sebenar berlaku pada tahun 1960-an ketika penyokong pergerakan pembebasan perempuan mula memakaikan anak-anak perempuan mereka dengan pakaian merah jambu atas kepercayaan yang sifat anak perempuan mereka boleh dipengaruhi oleh jenis (warna) pakaian yang mereka pakai.

Sementara itu, lelaki perlahan-lahan beralih dari merah jambu ke biru. Bermula sekitar tahun 1985, industri pakaian mula memasarkan pakaian merah jambu kepada perempuan dan biru untuk lelaki.

Sumber : iluminasi