Dilahirkan Tanpa Izin & Tak Diberitahu Kena Cari Kerja Wanita Antara Punca Kenapa Wanita Ini Nak Saman Ibu Bapanya

Pernah terbayang tak dalam fikiran korang yang seorang anak akan menyaman ibu bapanya hanya kerana dilahirkan di dunia tanpa persetujuan bersama?

Ya, itulah yang berlaku bila seorang wanita mendedahkan yang beliau mahu menyaman kedua ibu bapanya kerana melahirkannya tanpa keizinan. Bukan itu sahaja, wanita itu juga mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai kehidupan dewasa dan perlu bekerja. 

Dengan mengemukakan beberapa ‘fakta’, daripada video-videonya, difahamkan wanita ini sudah pun memfailkan saman kepada kedua-duanya.

Paling tidak boleh diterima akal apabila wanita ini berhujah mengatakan yang ibu bapanya sepatutnya ‘berhubung’ dengannya terlebih dahulu dan meminta persetujuan daripada dia sebelum melahirkannya.

Ramai yang tak boleh brain dengan beliau, sampai ada yang bertanya adakah ini serius atau sekadar gurauan je. 

TikTok: isatandstared

Gambar utama, gambar sekadar hiasan: livvie_bruce via unsplash.com, TikTok isatandstared