Bila beli minuman berserbuk ni, lepas buka tu macam ada satu ketakutan pulak lepas ni serbuk tu akan jadi keras ke tak eh? Dah masuk dalam balang kedap udara pun, nanti nak guna tiba-tiba je dah macam batu haa.
Cara nak atasi benda ni memang mudah. Tak perlu beli balang mahal semata-mata untuk ni. Korang hanya perlu beli benda ni je.
Dalam satu sharing Abang Skema di Twitter, beliau mencadangkan supaya dalam balang berisi serbuk itu diletakkan 1 pek oxygen absober je yang mana boleh korang beli dekat kedai bakeri atau pun online.
Geng geng bujang lepas ni boleh rilek dah. Tak adalah ngidam nak bancuh milo sendiri, tapi rasa seram pulak nak beli serbuk milo sebab risau jadi batu nanti nak guna seterusnya.
Yelah noks, milo pek kecil tu pun mahai tau!