Hi uols! Ada berita baik nak habaq dekat hampa semua yang mengenali CookX Asia, aplikasi memasak sosial semua-dalam-satu untuk penggemar makanan dan usahawan makanan. CookX Studio telah dilancarkan baru-baru ini dimana ia merupakan ruang khusus memasak yang dilengkapi dengan peralatan memasuk termaju. Ha kalau ada antara uols yang nak buat content memasak dan memerlukan ruang khusus untuk menguji ataupun merakam video resipi, jangan malu-malu untuk ke CookX Studio.
Terletak di Eve Suites @ Ara Damansara, studio ini telah dilengkapi sepenuhnya dengan semua kelengkapan yang diperlukan untuk chef baru untuk memasak, termasuklah dua set kabinet dapur reka bentuk premium dan pasangan kaunter, dapur boleh alih, set meja makan penuh, serta peti sejuk dan peralatan elektrik lain yang berkaitan termasuk pengadun, periuk serbaguna, pemproses makanan dan banyak lagi yang dibekalkan oleh jenama perkakas rumah iaitu KHIND. Dengan kerjasama KHIND dengan CookX Asia, ia membawa jenama ini melangkah lebih jauh dalam memperkenalkan juga program transformasi buku masakan fizikal dan digital mereka.
Pengalaman dapur sulung CookX Asia Studio baru-baru ini juga dirasmikan oleh duta jenama, Marina Mustafa dan Joshua Benedict. Ahli media telah dijamu dengan bengkel masakan perayaan khas yang menampilkan Tuna Pasta Frittata Omelette baharu Marina, hidangan ringkas tetapi menyelerakan sempurna untuk memulakan musim cuti. Nampak menyelerakan sungguh!
Dengar cerita CookX Asia nak bagi tempahan studio percuma untuk 5 orang yang terawal, betul ke? Ha sekarang juga iols tempah!