Tunggu Anak Jemput Berbuka Tapi Tak Datang, Ustaz Sebak Cerita Kisah Mak Cik Azizah ‘Pergi’ Keesokan Harinya

Bulan puasa ni, ramai yang tak akan lepaskan peluang untuk pulang berbuka bersama ibu dan ayah. Nikmat berbuka sendirian atau di masjid tak sama nikmatnya dengan berbuka sambil memandang muka ibu dan ayah tercinta. 

Dalam banyak-banyak kisah, ada satu kisah yang meruntun hati diceritakan semula oleh Ustaz Mohammad Yaakob dalam program Tanyalah Ustaz. 

Pada tahun 2011, beliau terpandang sebuah katil kosong tapo masiih bertanda nama ‘Azizah’. Apabila ditanya, rupa-rupanya mak cik Azizah baru sahaja pulang menghadap Illahi pada pagi hari yang sama. Namun apabila mendengar kisah yang berlaku, ia menambah lagi rasa sedih.

Sehari sebelum pemergiannya, mak cik Azizah sepatutnya dijemput pulang oleh 4 orang anaknya yang sebelum ini sudah bertahun-tahun tidak berjumpa. Pada hari kejadian, arwah semangat bersiap dari jam 5 pagi dengan alasan tak mahu menyusahkan anak-anaknya.

Menunggu sehingga waktu berbuka, anak-anak langsung tak menunjukkan muka. Tidak selera untuk menjamah apa-apa, arwah terus ke katilnya dan tidur. Sehinggalah esok hari, doktor mengesahkan bahawa mak cik Azizah sudah pun meninggal dunia akibat mengalami high depression. 

Biarpun peristiwa ini sudah lama, namun ia tetap menjadi peringatan buat kita yang masih bergelar anak. Semoga jalan taubat masih terbuka buat kita.

Buat kornag yang masih ada mak ayah, jangan siakan peluang ini. Tetaplah bahagiakan mereka, okey?

Video: TikTok @sue_izrai