Baru pulang daripada percutian di Paris, Khairulaming berjaya membuatkan rakyat Malaysia teruja dengan perkongsian-perkongsiannya di Instagram. Tidak kurang ada yang terliur melihatkan menu-menu yang dicuba beliau terutamanya croissant bersama coklat panas dan whipped cream.
Disebabkan itu, Khairulaming sendiri telah berkongsi cara menikmati croissant ala-ala di Paris dengan memesan menu croissant dan air coklat Starbucks.
Cara order: Classic Hot Chocolate
- Saiz Tall
- Susu separuh
- Add 4 scoop Dark Mocha powder
- Whipped cream on the side
Kemudian korang boleh masukkan whipped cream sikit ke dalam hot chocolate sebelum dipkan croissant. Tengok pun dah boleh nampak sedapnya.
Barista-barista Starbucks pun rasanya dah kena get ready untuk terima order memandangkan Khairulaming dah cuba dan rekemen.
Ada yang dah cuba ke tu?
Video: TikTok @khairulaming