Hari Raya dah nak dekat. Tahun ni confirm meriah selepas kita melalui hari-hari yang sukar beberapa tahun lalu. Paling excited mestilah mak-mak yang dah fikir juadah apa nak jamu tetamu nanti di Hari Raya Pertama.

Kalau korang masih mencari dessert yang sedap dan disukai ramai, min ada cadangan. Dessert yang sangat comel dan sedap. Sedap mata memandang!

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus agar-agar @ 25gm
  • 1400ml air
  • 2 cawan gula
  • 1 tin susu cair (400gm)
  • 1 cawan serbuk milo
  • 1 bungkus Oreo (137gm)

Cara:

  1. Panaskan agar-agar bersama air sampai agar-agar larut.
  2. Kemudian masukkan gula dan kacau sampai larut. Lepas tu barulah masukkan susu cair. Masak hingga mendidih.
  3. Asingkan 4 cawan adunan agar-agar dalam periuk lain dan campurkan serbuk milo. Kacau hingga sebati.
  4. Tuangkan 2 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Kecilkan api periuk adunan Milo dan sentiasa kacau untuk elak agar-agar membeku.
  5. Bila permukaan agar-agar milo dalam acuan dah mula keras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Tabur semua Oreo.
  6. Bila permukaan agar-agar putih oreo dah mula mengeras, tuang lapisan akhir dengan lebihan agar-agar milo. Jadi puding akan ada 3 lapisan.
  7. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sudah sejuk baru masukkan dalam peti sejuk.

Tips semasa melapis

  1. Jangan tunggu sampai lapisan membeku, takut nanti tak melekat dengan lapisan berikutnya.
  2. Kalau lapisan dah mengeras, boleh guriskan permukaan lapisan dengan garpu sebelum tuang lapisan seterusnya.
  3. Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas (atas api) supaya melekat baik dengan adunan sebelumnya.

Kredit resipi dan imej: Fauziah Yahya