Sebut je nama Ummi Nazeera, memang tak dapat dipertikaikan lagi mutu lakonan beliau. Boleh dikategorikan dalam pelakon kelas A, kalau watak air mata, beri sahaja pada Ummi Nazeera. Pasti penonton turut dibanjiri dengan air mata.

Terbaharu, lakonan Ummi Nazeera sebagai Salina dalam drama Rindu Kasih mendapat perhatian ramai, terutamanya dalam babak pergaduhannya bersama ibu mentua beliau yang dilakonkan Fazlina Datuk Ahmad Daud.

Malah Ummi sendiri mengakui watak Salina ini sangat berat kerana penderitaan yang Salina alami datang bertalu-talu. Selalu difitnah dan ditomah ibu mentuanya, Salina teraniaya tanpa mendapat pembelaan sewajarnya daripada suami sendiri, lakonan Izzue Islam. 

Harap tahun depan, Ummi menanglah Anugerah Pelakon Wanita Terbaik. Lakonan dia tahun 2022 memang mantap!

Kredit: TikTok Nazeera Ummi