Sejak ramai dah tahu khasiatnya, ramai dah yang beralih daripada beras biasa ke beras basmati. Cara nak bezakannya pun lebih mudah kerana beras basmati saiznya lebih panjang. Selepas dimasak, aromanya memang sangat memukau.
Tapi tak semua orang tahu cara masak beras ini dengan betul. Jom tengok tips Cef Amer dalam menggunakan beras ini.
- Beras wajib dibasuh dan direndam selama 45 minit. Tapi jangan rendam sampai sehari semalam.
- Basuh/bilas beras sekitar 4-5 kali sehingga airnya jernih untuk hilangkan bau beras dan membuang kanji supaya nasi yang terhasil akan lebih berderai.
- Basuh DAHULU baru rendam supaya beras tak patah.
- Bila dah rendam 45 minit, toskan air dan masaklah.
Guna tips ni nak buat beriyani, confirm 1km dah boleh bau! Mengancam betul.
Facebook & Kredit gambar: Chef Amer


Ubah menu lunch dengan Udang Goreng Berempah
Selera ori Johor: Resepi Mee Rebus
3 Air Mujarab Buang Angin Dalam Badan
Resepi ayam bakar ala-ala Dominos, ini caranya…
Mudah Dan Sedap, Jom Cuba Nasi Ayam Panggang Madu 
