Antara perkara yang paling ditakuti oleh para wanita setiap bulan ialah terpaksa berhadapan dengan sakit senggugut atau period pain. Sakit yang tak dapat digambarkan dan kadangkala ada yang membuat provokasi, ‘ala sakit sikit je pun.’

Haa maybe lepas ni kalau ada yang masih perlekehkan korang macam tu, bagi dia pakai dan test sendiri macam mana sakitnya rasa sakit period pain menggunakan mesin stimulator ni.

Kalau korang tengok media sosial dan search je ‘period pain stimulator’ pasti korang akan berjumpa dengan raungan para lelaki yang tidak dapat menahan sakit yang terhasil daripada mesin tersebut.

Salah satunya macam Pak Azad. Baru sahaja berada di Level 4, namun sudah tidak mampu meneruskan ke Level 5. Malah Pak Azad mengakui kalau beliau mencuba ke Level 5, mungkin beliau tidak akan larat untuk keluar bekerja.

Tu baru period pain, belum lagi bersalin. Jadi lepas ni janganlah pelik kenapa perempuan bad mood kalau period okey?

Twitter: @era.je, mixdotmy