Dilema bila beli daun bawang ialah nak simpan lebihan daun yang ada. Iyalah, beli kena segenggam. Tapi yang guna hanya beberapa helai je. Salah cara simpan memang terus jadi membazir sebab daun dah layu.
Jadi ada beberapa cara yang boleh korang gunakan untuk simpan daun bawang supaya boleh bertahan lebih lama dari biasa. Antara yang paling mudah ialah simpan di freezer.
Tapi bila simpan kat freezer, nak guna tu kena defrostkan dulu. End upnya masih sama juga kan? So min ada terjumpa satu cara simpanan daun bawang yang memang berguna, yang dikongsi di TIkTok.
Hasilnya memang daun kekal berderai dan tak melekat antara satu sama lain! Caranya lepas korang potong tu, hanya perlu gaulkan sikit minyak masak sebelum simpan beku.
Atau korang boleh simpan dalam bentuk kiub-kiub kecil.
Mudah kan? Lepas ni tak adalah rasa beli daun bawang tu rasa membazir je.
TikTok: @njanje