Bermula musim persekolahan, kita akan disajikan dengan pelbagai kaletah lucu bukan sekadar dari anak-anak yang semangat mahu meneruskan persekolahan. Tetapi juga dari mak ayah yang turut teruja.

Antara video yang paling mencuit hati di TikTok ialah bila si ayah terpaling semangat join aktiviti ibu bapa dan guru di sekolah sampai ada yang fikir si ayah tadi sebenarnya cikgu pendidikan jasmani di sekolah.

Bukan sekadar tu, si ayah juga sampai sanggup apply  jawatan tukang kebun di sekolah. Yang lucunya, sambil buat kerja sambil-sambil tu sempat mencuri pandang si anak yang berada di dalam bilik darjah. 

Dengan pakaian t-shirt putih, dialah paling ke depan sekali. Takut kang, minggu depan dia apply jadi guru besar, kak!

TikTok: @intanmasekh