Tak pernah terbayang dunianya akan menjadi gelap selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri, seorang wanita tetap kekal positif menjalani hari-hari mendatang. 

Mengalami retak di bahagian tempurung kepala hingga disahkan buta selamanya, wanita yang mesra dipanggil Mashy masih kekal positif bercerita tentang pengalaman barunya menjadi orang buta.

“Apa yang boleh saya kongsikan, menariknya menjadi seorang buta adalah saya tidak lagi takut gelap. Kalau dulu nak masuk bilik gelap saya akan hulur tangan buka lampu dulu baru berani masuk. Sekarang saya masuk dulu walaupun tak buka lampu. Itu antara perkara best jadi orang buta.”

Walaupun sudah dua bulan berlalu, Mashy masih membiasakan diri menulis diarinya dalam keadaan ‘gelap’. Menganggap Allah ‘bergurau’ dengannya sama ada boleh menerima atau tidak ujian dari-Nya, ramai yang kagum dengan semangat Mashy dan terinspirasi dengannya.

Turut berkongsi tanpa mengalirkan setitik air mata, perkara yang paling dirindui untuk dilihat ialah wajah suami dan ibunya serta hasil kreativiti team beliau dalam digital marketing.

TikTok: @n.mashyaircond