Sekarang ni, memang kerap sangat dengar cerita pasal kanak-kanak yang jadi mangsa predator, tak kisahlah daripada keluarga sendiri ke atau orang luar. Kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi dah lagi semakin tak selamat.

Jadi sebagai ibu bapa memang benda ni sangat merisaukan kan? Nak hantar pergi pusat asuhan pun macam-macam kita fikir. 

Ambil inisiatif ni, portal parenting makchic.com dan rakan rasmi percetakannya, Canon Marketing Malaysia hadir dengan satu buku kanak-kanak ‘What If’ yang sentuh isu-isu taboo dalam masyarakat.

Isu taboo yang sepatutny dibincangkan demi keselamatan anak-anak sekarang.

Dengan illustrasi menarik oleh Delia Razak, buku tulisan Kimberly Lee dan Liyana Taff ini akan sentuh topik macam keizinan, keselamatan diri, batasan tubuh untuk kanak-kanak usia 3-8 tahun dan macam-macam lagi.

Buku ni memang sangat penting untuk beri pengetahuan kepada ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak mereka jadi mangsa sesuai dengan umur mereka.

Dengan data laporan Action to End Child Sexual Abuse and Exploitation UNICEF, 1 dari 8 orang kanak-kanak dunia telah didera secara seksual sebelum usia 18 tahun dan kanak-kanak lebih muda cenderung didera oleh predetor ahli keluarga atau penjaga.

Cuma buat masa sekarang, buku ini hanya ada dalam Bahasa Inggeris dan kejayaan buku versi Bahasa Inggeris ni akan jadi pemangkin untuk versi bahasa lain dikeluarkan.

Kalau korang nak dapatkan, boleh dapatkan di LazMall Store dengan harga cuma RM39.90.

Tapi korang boleh dapatkan buku ni secara percuma kalau join contest ni. Senang je caranya, hanya perlu tinggalkan komen je. Check-it-out contest ni dekat IG dan FB makchic okey?