Terima ‘Ibu Duit’ Masa COD, Ramai Yang Seram Lihat Makna Perkataan Diatasnya

Walaupun dunia dah makin moden, percayalah masih ada yang masih menggunakan ‘kaedah lama’ untuk mendapatkan sesuatu yang mereka hajati tanpa perlu bersusah payah seperti orang lain.

Terbaru yang viral di TikTok, seorang pengguna memuat naik satu hantaran video yang memperlihatkan sekeping wang kertas RM10 yang dipenuhi dengan tulisan tangan. Diamati secara betul, ramai yang bersetuju tulisan berkenaan adalah ayat mantera yang meminta sesuatu.

Difahamkan, duit berkenaan diterima daripada seorang pelanggan yang menggunakan pembayaran COD.

Menurut komen di video, ada perkataan yang dikenal pasti sebagai perkataan dalam bentuk permintaan antara perkataan meminta kekayaan dan kejayaan untuk seseorang yang namanya turut ditulis dalam ayat berkenaan.

Daripada komen netizen, ada juga yang menyatakan bahawa ia sebenarnya ibu duit, yang mana ia kononnya berfungsi untuk menjemput rezeki. Malangnya kata netizen, ‘ada ibu duit tapi duit tak ada, macam mana nak ada duit?’

Ye jugak e? Gitulah, hidup sekarang memang keras. Ibu duit pun tak mampu nak beranak dah. Kos ‘bersalin’ naik berganda.

TikTok: @kedaikembarumi