Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak sehingga kadang-kadang sanggup susah demi kesenangan dan keselesaan mereka. Namun apakah daya, kadang-kadang keadaan tidak mengizinkan.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Razak mendedahkan bahawa beliau sudah 10 bulan tinggal bersama isteri dan tiga orang anak di dalam kereta Proton Wira miliknya. 

Terpaksa hidup dalam keadaan tersebut sambil bekerja sendiri sebagai mekanik yang membaiki kereta rosak di sekitar Lebuhraya Gombak hingga Karak, keluarga dengan pendapatan yang cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan makan minum dan keperluan anak-anak.

“Saya memang nak sewa rumah cuma apabila dapat duit, kena dahulukan beli makanan dan keperluan anak, termasuk susu dan lampin pakai buang. 

Sebelum ini, ada juga simpan duit tetapi kereta rosak hingga saya terduduk… terpaksa keluarkan duit bagi membaiki kereta.”

Malang menimpa apabila ketua keluarga ini disahkan memiliki ketumbuhan di bahagian leher dan pada ketika posting Facebook tersebut dimuat naik, beliau berada di Hospital Temerloh untuk pembedahan. 

Selepas pembedahan, beliau terpaksa tinggal di wad. Sementara menunggu Razak dibenarkan untuk keluar dari wad, isteri dan anak-anak dikatakan berkemungkinan terpaksa tidur di kereta.

Dalam update terkini, Razak memaklumkan bahawa beliau sudah dihubungi wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas kisahnya tular.

Sumber: Harian Metro, Facebook Aedi Arjuna Pencerita