Korang tahu tak pada setiap hujung minggu sekarang ni korang boleh cuci mata dekat car boot sale di Kota Damansara? Macam-macam barang boleh korang jumpa. Macam biasa, pandai selam maybe barang rare yang korang akan jumpa.
Macam contoh, baju glamor Che Ta yang dijual dengan harga RM5 je weh. Yang menjual pun bukan orang lain tapi suaminya sendiri iaitu Zain Saidin.
Ramai jugalah tak sangka akan jumpa Zain dan baju Che Ta dengan harga semurah itu. Iyalah, kita sendiri sedia maklum fesyen Che Ta memang tiptop habis. Level international orang kata.
Tapi, tak kurang juga ramai yang tertanya-tanya sama ada Che Ta ni tahu ke tidak baju dia dijual di car boot sale ni? Rare juga kan, biasa isteri yang jual barang suami. Kali ini suami yang turun padang jual baju isteri.
Korang kalau cari baju event ke, maybe boleh turun mata cari Zain dekat car boot sale Kota Damansara. Rezeki terpijak kalau dapat harga RM5 je. Zain pun bukan main ramah je layan orang yang datang tengok-tengok.
TikTok: FyBaharuddin