Mak ayah yang beri anak gajet tu, cuba check ada tak ‘Skibidi Toilet’ dalam senarai tontonan anak-anak korang? Kalau ada, mohon cepat ambil tindakan sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Bukan apa, kartun dengan kepala yang terkeluar dari mangkuk tandas ini sebenarnya lebih banyak merosakkan minda anak-anak daripada menghiburkan. Mana tidaknya, dah beberapa video fyp di TikTok menunjukkan kesan tontonan ini. 

Sebagai contoh, di Thailand seorang ibu berkongsi anaknya mula bersikap aneh iaitu duduk mencangkuk di dalam bekas sebelum menunjukkan reaksi muka aneh seperti yang mereka tonton dalam siri ini.

Untuk pengetahuan korang, ini adalah bukti di mana psikologi anak-anak dah diganggu dengan bahan tontonan negatif yang mana ia boleh terbawa sampai mereka besar!

Nampak macam simple, tapi kesannya memang tak kita jangka.

Jadi, bolehlah block siri ini daripada tontonan anak-anak. Jangan nanti kita pula yang menyesal di kemudian hari.

TikTok: sattrupaitawong