Rachel Lim dan Dione Song, co-founder dan CEO  Love, Bonito, telah tersenarai dalam  The BoF 500, edisi 2023!  Indeks ini, disusun oleh The Business of Fashion (BoF) bagi meraikan individu-individu berpengaruh yang membentuk industri fesyen global. 

Rachel Lim, 36, melahirkan rasa syukurnya kerana menjadi sebahagian daripada kumpulan individu yang menjadi memacu perubahan dalam industri fesyen. Menurut beliau, Love, Bonito lahir dari inspirasi mencari duit saku dengan menjual pakaian terpakai sebelum menyedari bahawa mereka mempunyai misi yang lebih luas, menggunakan fesyen dengan bertujuan untuk memperkasakan wanita dan menanamkan keyakinan untuk menjadi versi terbaik diri mereka.

BoF 500 ialah senarai berprestij yang menampilkan nama-nama besar antarabangsa seperti Pharrell Williams, bintang reggaeton Karol G, dan Pengarah Kreatif baharu Gucci, Sabato de Sarno. Ia juga termasuk pelakon terkenal seperti Margot Robbie dan Anne Hathaway, bersama-sama tokoh terkenal Asia seperti BTS dan Valentina Li, makeup artis dari China yang terkenal dengan karya editorial dan futuristiknya sehingga  menarik perhatian jenama mewah Eropah.

Dione Song, Ketua Pegawai Eksekutif Love, Bonito, merakam rasa penghormatan yang mendalam kerana jenama itu diiktiraf untuk berdiri bersama pemangkin perubahan global dalam industri fesyen. Pengiktirafan ini menjadi tonggak penting untuk Love, Bonito, dan meningkatkan keyakinan mereka untuk mengembangkan dan meningkatkan tawaran omnichannel mereka untuk memenuhi permintaan komuniti yang semakin meningkat. Beliau juga berharap ini akan memberi inspirasi kepada perubahan dan menyumbang kepada peningkatan perwakilan Asia merentas industry.

Sehingga kini, Love, Bonito mempunyai 21 cawangan di Cambodia, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Malaysia. Mereka juga menghantar produk mereka kepada pelanggan di 20 negara di seluruh dunia.