Siapa tak kenal jenama Revlon. Ramai antara kita yang memang pengguna setia produk jenama ini kerana kualitinya memang dah tidak diragukan lagi.
Kini, Revlon kembali lagi dengan inovasi kosmetik yang menjanjikan impak yang sangat ketara untuk mengurangkan garis halus dan kedutandengan penggunaan selama 4 minggu sahaja! Selaras dengan tagline ‘Illuminate What’s Inside’, Revlon memperkenalkan Illuminance™ Skin-Caring Foundation yang telah diikhtiiraf sebagai ‘Best Drugstore Foundation’ dalam Best Beauty Buys Awards 2023 oleh Instyle Magazine.
Diperkaya dengan gabungan Squalane dan Hyaluronic Acid, foundation ini ringan dan menghidrasi secara mendalam untuk melembab kulit disamping memudarkan cela wajah dalam masa yang sama untuk membuat kulit tampak lebih cerah dan bebas cela.
Selain daripada itu, Revlon turut memperkenalkan rangkaian pewarna rambut ColorStay ™ Longwear Cream Color yang baharu dan mampu memelihara warna dengan penggunaan colour booster mask.
Pewarna rambut ini juga 100% menutup uban dan dilengkapi dengan 100% murumuru butter semulajadi dan macadamia oil untuk menutrisi rambut.
Berminat? Boleh pergi ke mana-mana cawangan Watson terdekat dan cuba sendiri!