Kulit kering? Masalah besar ni, terutama sekali untuk kita wanita. Masalah dermatologi kulit biasanya disebabkan penurunan kadar ceramide dalam kulit dan menyebabkan penghalang kulit terganggu seterusnya mengakibatkan masalah seperti dehidrasi kulit, kekeringan, dan kerengsaan.
Memberi fokus dalam menangani masalah kulit seperti kulit sensitif, kulit kering dan dermatitis atopik kesan daripada penghalang kulit (skin barrier) yang rosak, CeraVe telah memperkenalkan enam produk utama bagi memenuhi keperluan penjagaan kulit.
Berdasarkan pemahaman saintifik ini, satu panel pakar dermatologi bertauliah telah memformulasikan CeraVe dengan ceramide yang sama dengan kulit manusia (Ceramide 1,3 dan 6-II), asid lemak dan lipid lain, dan disalurkan secara berkesan melalui MultiVescular Emulsion Technology (MVE).
Teknologi inovasi MVE ini bukan sahaja dapat memulihkan fungsi penghalang kulit, malah juga memberikan kelembapan berpanjangan serta mengekalkan kulit yang sihat dan selesa dengan satu kali aplikasi sahaja.
Berbanding dengan pelembap dengan formulasi pelepasan tunggal yang lazim, Teknologi MVE unik CeraVe dapat menyalurkan dan melepaskan ceramides yang penting sepanjang hari selepas hanya satu aplikasi lantas dapat memberikan penghidratan berpanjangan. Ini membantu memastikan kulit sentiasa lembap serta memastikan kesihatan kulit meningkat.
Pakar–pakar turut menekankan keperluan penting dalam melindungi dan memulihkan penghalang kulit kepada individu yang bergelut dengan masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema.
Formulasi CERAmides dengan teknologi MVE telah membawa kepada penciptaan CERAVE, yang mampu dimiliki, mudah diakses dan memberi penjagaan kulit terapeutik untuk semua. Dicipta dan disyorkan oleh pakar dermatologi dari seluruh dunia, CeraVe menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit yang dapat membantu mengembalikan penghalang semula jadi kulit.
Produk utama CeraVe yang diperkenalkan di Malaysia adalah:
Krim Pelembap – Sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit kering sehinggalah kulit yang sangat kering, krim pelembap CeraVe ini memberikan penghidratan selama 48 jam.
Losyen Pelembap – Sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit normal atau kering, formulasi bebas minyak CeraVe yang ringan ini memberikan penghidratan selama 24 jam.
Pembersih Berbuih – Pembersih berbuih lembut CeraVE menanggalkan kotoran, minyak, dan solekan tanpa menjadikan kulit terasa tegang atau kering.
Pembersih Hidrasi – Pembersih hidrasi CeraVE membersih secara mendalam, menanggalkan minyak berlebihan dan menyegarkan kulit tanpa mengganggu penghalang semulajadi kulit.
Losyen Pelembap Muka AM – Losyen Pelembap SPF 30 dengan spektrum luas CeraVe memberikan penghidratan berterusan dan pelindungan harian terhadap kerosakan UV.
Losyen Pelembap Muka PM – Menghidrasi, mereda dan melegakan kulit sambil melindungi penghalang semulajadi kulit.
Dari 1 Mac sehingga 3 Mac, orang ramai dijemput untuk mengunjungi Bookmark di APW Bangsar untuk mencuba seluruh rangkaian produk CeraVe, mengetahui lebih lanjut mengenai kepentingan pemulihan penghalang kulit, serta juga menerima sampel produk CeraVe dan hadiah percuma. Disamping itu, para pengunjung juga boleh mendapat analisis kelembapan kulit secara percuma dan menikmati urutan tangan dengan pelembap CeraVe yang disediakan oleh tukang urut kelainan upaya.