Lush Malaysia melancarkan pameran sulung Lush Malaysia Showcase 2024 di Sunway Pyramid. Acara selama empat hari ini yang berlangsung dari 30 Mei hingga 2 Jun 2024 adalah inisiatif Lush untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai tentang perubahan iklim dan kesannya terhadap terumbu karang.

Pengunjung pameran diperkenalkan kepada pembungkusan mesra alam, produk-produk yang dihasilkan dengan ihsan dan proses penyumberan Lush yang beretika. 

Pameran ini akan tercatat sebagai sejarah penting dalam usaha Lush menuju ke arah masa depan yang lebih lestari dan beretika serta menyumbang kepada dunia yang lebih damai bagi generasi akan datang.

Menampilkan trend terkini, Lush juga menjadi penanda aras kepada model peranan positif dalam aspek kecantikan lestari dan impak kepada komuniti dengan memaparkan kesan buruk daripada pencemaran plastik dan pemutihan terumbu karang terhadap aspek kesihatan lautan. Pameran ini sekali gus menekankan usaha pemuliharaan alam yang perlu dilaksanakan segera.

Sementara itu, Lush Malaysia juga melancarkan kerjasama strategik dengan Coralku, sebuah organisasi penyelidikan terumbu karang bukan berasaskan keuntungan yang terlibat dalam usaha pemulihan dan pemuliharaan. Kerjasama ini bertepatan dengan misi Lush untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang ancaman terhadap terumbu karang di Malaysia dengan membantu projek pemuliharaan terumbu karang di sekitar Pulau Lang Tengah. Sejak 2022, Lush menanam 450 fragmen terumbu di lapangan bersama Coralku. Bagi meneruskan kesinambungan usaha pemuliharaan ini, Lush berhasrat untuk menambah jumlah fragmen terumbu karang bagi menyumbang kepada usaha merealisasikan Lush Reef Garden.

Lush Malaysia juga dengan berbesar hati mengumumkan pelancaran aplikasi kecantikannya yang ditunggu-tunggu ramai, The Lush MY App. Aplikasi tersebut diumumkan pada hari pertama Lush Malaysia Showcase 2024 yang sangat dinanti-nantikan bermula pada 30 Mei hingga 2 Jun 2024, dan memfokuskan kepada pemuliharaan dan kelestarian lautan.

Aplikasi Lush MY yang inovatif memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati tawaran eksklusif dengan mudah, membeli produk kegemaran mereka dan menikmati ganjaran unik. Ia membantu pelanggan untuk mengetahui kempen-kempen yang akan datang, semuanya menerusi sebuah platform yang lancar dan mesra pengguna. 

Pengarah Lush Malaysia, Dr Harvinder Harchand, berkata, “Acara pameran ini ialah bukti kesungguhan kami untuk mencipta impak positif kepada komuniti dan alam sekitar kita. Kerjasama berterusan dengan Coralku ini memperhebat misi kami untuk mendorong tahap kemajuan kolektif ke arah masa depan yang lestari. Bersama-sama, kita mengorak langkah dalam pemulihan dan pemuliharaan batu karang, yang penting dalam memelihara kesihatan ekosistem terumbu karang terutama sekali dalam tempoh krisis iklim yang tidak menentu”. 

“Kami juga teruja untuk memperkenalkan aplikasi The Lush MY App, inovasi canggih yang memperhebat cara pelanggan berinteraksi dengan jenama kami. Menggabungkan teknologi inovatif dengan komitmen kami terhadap kelestarian alam, aplikasi ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang lancar dan diperibadikan, selaras dengan nilai etika kami,” kata Harvinder.

Pengunjung acara Lush Malaysia Showcase 2024 akan berpeluang untuk mengalami dan menonton paparan yang interaktif dan mengasyikkan, di samping bengkel pendidikan yang menonjolkan produk-produk dan nilai Lush.

Pada keseluruhannya, inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dan kepentingan usaha pemuliharaan. Bagi tujuan ini, antara aktiviti yang akan berlangsung untuk pengunjung ialah:

  1. Bengkel Bom Mandian: Pengunjung boleh mendaftar lebih awal atau terus hadir ke bengkel ini. Mereka akan belajar sendiri cara membuat bom mandi menggunakan bahan-bahan semula jadi dengan bimbingan kakitangan Lush.
  2. Struktur Gelombang Plastik: Pameran arca seni memukau yang mengetengahkan isu pencemaran plastik dengan papan maklumat untuk mendidik pengunjung tentang impak sisa plastik terhadap alam sekitar dan cara untuk mengurangkan jejak plastik (plastic footprint) mereka.
  3. Gerai Pemuliharaan Coralku: Orang ramai akan mengetahui cara untuk menyumbang kepada usaha pemuliharaan terumbu karang dengan mengambil terumbu karang sebagai ‘anak angkat’ atau menyertai Acara Penanaman Terumbu Karang anjuran Lush pada masa hadapan. Mereka juga boleh belajar tentang kepentingan terumbu karang dan ekosistem marin. Coralku juga akan memperkenalkan kit menyelam VR mereka yang membolehkan pengguna merasai pengalaman menyelam melalui visual mengasyikkan dan kawalan interaktif tanpa perlu masuk ke dalam air dan menyelam.
  4. Stesen Jeli Muzikal: Pengunjung boleh berinteraksi dengan struktur seperti jeli yang berwarna-warni. Jeli tersebut akan menghasilkan nada muzik yang berbeza, menarik perhatian deria mereka dan mencetuskan kreativiti.
  5. Program Kitar Semula Lush Bring It Back: Lush menggalakkan pelanggan untuk membawa balik bekas kosong produk Lush mereka untuk dikitar semula. Sebagai ganjaran, Lush akan memberikan baucar RM3 bagi setiap bekas yang dipulangkan dan baucar ini boleh ditebus di kedai Lush.

Melalui program Bring It Back, pelanggan digalakkan untuk turut serta dalam model ekonomi kitaran, sekali gus mengukuhkan komitmen Lush dalam mengurangkan pembaziran dan memulihara sumber secara lestari.

 Bagi mengetahui lebih lanjut tentang produk, nilai-nilai, dan pelbagai inisiatif etika Lush, sila layari https://lush.my