Ok mommies daddies yang tak tahu nak bawa anak-anak ke mana hujung minggu ni, bolehlah jejakkan kaki ke KidZania Kuala Lumpur! Mesti anak-anak senyum sampai ke telinga. Lagi-lagi KidZania telah melancarkan aktiviti baharu dengan memperkenalkan dua lagi rakan kongsi mereka iaitu KODOMO, jenama penjagaan mulut kanak-kanak yang dipercayai oleh generasi ibu dan Optimax, pusat pakar mata yang paling terkenal di Malaysia untuk bersama dalam memeriahkan lagi keluarga KidZania. Inilah peluangnya untuk anak-anak kita mendapatkan kemudahan edutainment terulung di Malaysia tau.

Dengan kedua-dua rakan kongsi baharu ini, kanak-kanak bukan sahaja akan mendapat peluang untuk menjadi seorang Pakar Optometris atau Doktor Gigi, malah mereka juga akan mendapat pelajaran hidup yang tidak ternilai melalui pembelajaran hands-on tau. Ini termasuk mempelajari kepentingan dan faedah kebersihan pergigian dan mengekalkan kesihatan mata yang baik! Lepas ni anak-anak kita rajinlah nak memberus dan flos gigi setiap hari kan? Kalau tak nak dengar cakap, terus bawa ke Kidzania bahagian KODOMO ni hihi.

Di Optimax, kanak-kanak akan dapat belajar tentang kepentingan penglihatan dan cara menjaga mata mereka. Ini amat penting ye sebab anak muda zaman sekarang ni dengan gajet berpisah tiada. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak yang ingin mencuba menjadi pakar optometris akan diberi peluang untuk memeriksa, mendiagnosis dan merawat mata pesakit mereka. Manakala mereka yang berperanan sebagai pelanggan akan menjalani pemeriksaan mata oleh optometris. Sangat menyeronokkan!

Acara ini turut menyaksikan rakan kongsi sedia ada; Faber-Castell, Canon dan Hotel Sentral menerima Keys to the City mereka sebagai simbol perkongsian baharu dengan KidZania Kuala Lumpur. Rakan kongsi sedia ada yang disayangi ini berjanji untuk memberi inspirasi kepada minda muda dengan barisan aktiviti baharu mereka yang akan memberikan gambaran yang lebih baik kepada profession mereka, jenama dan perkara yang mereka lakukan. Orang kata “worth the money” lah kalau datang sini, pasti anak-anak dapat tidur lena balik dari Kidzania nanti.

Maklumat lanjut mengenai Kidzania boleh ke sini https://www.kidzania.com.my.