Seni anyaman dan tenunan adalah salah satu warisan budaya Melayu yang unik dan menjadi tanggungjawab kita untuk  mempertahankan keunikan seni ini agar tidak ditelan peredaran zaman. 

Terkini, kehalusan seni ini  diangkat menjadi motif pilihan pada barangan perhiasan dan koleksi indah yang memukau.

Sebagai jenama barangan kemas yang terkemuka di Malaysia, HABIB terus berbangga untuk mengangkat kekayaan warisan dan budaya tempatan dengan memperkenalkan Koleksi Anyaman 2.0 Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Terhad, sebagai kesinambungan kepada edisi pertamanya yang dilancarkan bersempena Kempen Raya tahunan, Rantaian Kasih baru-baru ini.

Menampilkan lima rekaan baharu yang mengetengahkan kehalusan motif Kelarai seperti Kelarai Bunga Tanjung, Kelarai Kepala Gajah, Kelarai Mak Mek, Kelarai Tulang Belut dan Motif Pinaluaf, setiap rekaan didatangkan dalam warna dan penceritaan mengenai keindahan dan keunikan yang tersendiri disebalik setiap motif.

Koleksi Anyaman 2.0 Wafer Syiling Emas 999.9 ini boleh didapati secara individu pada harga RM138 sekeping ataupun set lima keping yang didatangkan bersama sarung edisi terhad eksklusif bernilai RM728, setiap keping mempunyai berat 0.2 gram.

Siri wafer syiling emas 999.9 bertemakan Anyaman ini mengetengahkan tarikan dan keindahan seni tradisional Malaysia, menjadikannya koleksi yang indah buat pengumpul barangan edisi terhad, serta hadiah yang unik buat yang tersayang.

Kelarai Bunga Tanjung

Tumpuan utama pada rekaan ini merupakan Kelarai Bunga Tanjung yang mempamerkan kelopaknya yang manis dan berseri. Motif ini bukan sahaja mencerminkan kecantikan semulajadi, malah turut melambangkan kasih dan kedamaian dalam budaya Malaysia.

Mengambil inspirasi daripada keindahan flora, rekaan ini disusun halus untuk menggabungkan elemen daripada Kelarai Bunga Tanjung, Kelarai Bunga Cina, dan Kelarai Asas dengan sempurna.

Kelarai Kepala Gajah

Kelarai Kepala Gajah mengambil inspirasi daripada corak kain yang menutupi kepala gajah tunggangan raja-raja, yang secara sejarahnya menampilkan unsur kemegahan seekor gajah.

Reka bentuk ini menggabungkan motif harmoni Kelarai Kepala Gajah, Kelarai Kisar Mengiri, dan Kelarai Kepala Lalat.

Kelarai Mak Mek

Memperkenalkan motif Kelarai Mak Mek yang telah dicipta oleh Hajah Semek yang berasal dari Kelantan. Berakar pada seni Anyaman simbol ‘X’ yang berulang, reka bentuk ini mengambil inspirasi daripada kehalusan motif dari Ulu Marang, Terengganu.

Teras rekaan ini terhasil daripada gabungan tiga motif yang berbeza: Kelarai Mak Mek, Kelarai Pucuk Jala, dan Kelarai Beras Patah.

Kelarai Tulang Belut

Motif Kelarai Tulang Belut merupakan reka bentuk tenunan Anyaman yang menindih garisan lipatan secara berulang. Ia juga digunakan dalam pakaian tradisional Malaysia seperti Baju Kurung dan Teluk Belanga.

Reka bentuk ini mengambil inspirasi daripada tiga motif geometri yang berbeza yang terdapat dalam Kelarai Tulang Belut, Kelarai Pecah Lapan, dan Kelarai Berhati.

Motif Pinaluaf

Motif Pinaluaf mengangkat kepelbagaian etnik di Sabah dan mengambil inspirasi daripada kehalusan corak yang mencerminkan cara hidup unik yang berbeza serta kekayaan budaya mereka.

Berasal daripada keindahan budaya-budaya Sabah, rekaan motif Murut-Borneo ini menggabungkan secara harmoni elemen Motif Pinaluaf, Motif Umum, dan Kelarai Tulang Belut.

Sesuai sebagai hadiah buat yang tersayang atau koleksi simpanan emas anda, dapatkan 𝘧𝘰𝘭𝘥𝘢𝘣𝘭𝘦 𝘴𝘦𝘵 atau secara asing di bilik pameran HABIB atau secara online di habibjewels.com