Pepatah ada mengatakan ‘Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan’. Setiap pasangan pastinya punyai keinginan dan berusaha untuk mendapatkan anak, walaupun perlu hadapi pelbagai halangan antaranya masalah ketidaksuburan. 

Dikatakan kira-kira 10 hingga 15 peratus pasangan di Malaysia menghadapi masalah ketidaksuburan dan saban tahun angka ini makin mengingkat. Berikutan itu sempena dengan Bulan Ketidaksuburan Sedunia pada bulan Jun ini, pakar-pakar dari TMC Fertility @ Thomson Hospital Kota Damansara yang terdiri daripada Dr Aldrin Lie Tze Min merupakan Pengarah Perubatan merangkap Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Pakar Kesuburan, Dr Khairun Marina binti Bachok, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Pakar Kesuburan,  Profesor Madya Dr Prasanna Supramaniam, Perunding O&G merangkap Pakar Kesuburan, Subpakar dalam Perubatan Reproduktif, dan Pakar Bedah Ginekologi Invasif Minimum dan Tee Sze Tian, Ketua Pakar Embriologi Kumpulan berkongsi pandangan tentang perkembangan terkini dalam menangani masalah ketidaksuburan dan kemajuan penting usaha memelihara kesuburan menerusi teknologi terkini, kepakaran dan penjagaan kesihatan berteraskan pesakit.

Inovasi dan pilihan teknologi moden, pemeliharaan kesuburan di Malaysia telah berkembang pesat dan berjaya meningkatkan kadar kejayaan rawatan kesuburan dengan ketara. Justeru, inovasi Pengawetankrio Tisu Ovari (Ovarian Tissue Cryopreservation) memberikan harapan untuk golongan wanita membina keluarga menerusi perkhidmatan IVF yang mana ia merekodkan kadar kejayaan antara 55 hingga 65 peratus, dengan 6,400 orang bayi IVF dilahirkan sehingga kini. Tambahan lagi, Kempen berterusan ‘Celebrating Life’ yang dibuat atas usaha kumpulan penjagaan kesihatan Thomson Hospital sempena tiga dekad perkhidmatan mereka dalam memberi sinar harapan dan kegembiraan kepada keluarga. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TMC Fertility, Puan Lakshmi Menon, Sebagai salah sebuah pusat kesuburan perintis negara, Thomson Hospital @ TMC Fertility ialah pelopor dalam bidang rawatan kesuburan untuk rakyat Malaysia dan pesakit antarabangsa. Sempena ulang tahun ke-30 usaha kami untuk mengubah harapan menjadi kegembiraan, kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa mereka mempunyai pelbagai pilihan untuk menghadapi cabaran ketidaksuburan, dan kami akan berada di sisi mereka.

Thomson Hospital @TMC Fertility komited dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif dan cemerlang. Perkhidmatan pemeliharaan kesuburan yang ditawarkan pusat ini direka khusus untuk menyokong individu dan pasangan yang berikhtiar untuk menjadikan harapan mereka satu kenyataan. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, TMC Fertility menawarkan promosi istimewa untuk khidmat pembekuan telur. Bagi mendapatkan butiran lanjut, sila layari www.tmcfertility.com atau tetapkan temu janji menerusi talian +6016 211 1357 atau +6018 211 1088.