Bosan bini berleter, suami ini bina jakuzi daripada jentolak!

Siapa tak suka kalau suami memenuhi permintaan kita sebagai seorang isteri, ye dak? 

Sama juga seperti wanita ini yang teringin berendam dalam tab mandi, tapi suaminya memenuhi permintaan tersebut dengan cara yang lebih unik. 

Wanita berusia 60 tahun, Helen Kettleborough itu mengeluh rindu untuk bersantai di tab mandi dan telah banyak kali meluahkan keinginannya itu kepada suaminya Dave Eastwood setiap kali dia mempunyai peluang untuk mengungkit tentang hal itu.

0_PAY-KNM_DUMP_TRUCK_JACUZZI_9

Bosan mendengar leteran isterinya, Dave memutuskan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri dan membina jakuzi sementara untuk ‘menutup mulut’ isterinya.

Menggunakan penggali jentolak yang berkarat lelaki berusia 63 tahun itu mengubah jentera pembinaan yang dia gunakan untuk membina rumahnya itu menjadi spa harian sementara untuk Helen semasa musim kuarantin.

Dia mengisi bekas penggali itu dengan air dan gel mandi, dan kerana jentera itu tidak mempunyai sambungan elektrik untuk menghasilkan buih, Dave menggunakan gerudi tangan dengan alat pelekat untuk membenarkan udara masuk ke dalam takungan air itu.

Setelah air menjadi panas, Helen naik ke dalam jakuzi buatan sendiri itu menggunakan tangga dan menikmati segelas wain sambil berendam, saat yang telah lama ditunggu-tunggu.

0_PAY-KNM_DUMP_TRUCK_JACUZZI_1

Walaupun bukan jakuzi sebenar, Helen berkata dia sangat menikmati persantaian yang cukup indah dan memberi ketenangan itu. Ternyata usaha Dave tidak sia-sia.

kredit Mirror

uols mungkin minat baca:
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun
Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus