Salah satu impian wanita yang perlu di ‘unlock’ iaitu memiliki kulit mulus, sihat dan cantik walaupun perlu mengeluarkan belanja yang besar. Jenama kosmetik dan penjagaan kulit tempatan malaysia, JardinPeau yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Jenama Terbaik 2024 telah memanfaatkan kelebihan Salmon DNA dalam produk terbaharu mereka, SkinFix Pro – Grandeur Radiance Fixative Powder.
Ramuan utama, Salmon DNA ini mempunyai pelbagai manfaat. Antaranya ialah dapat meningkatkan kesihatan kulit, memberikan hidrasi semula jadi dan elastisiti yang diidamkan, membantu mendapatkan kulit yang lebih tegang dan muda serta memastikan kulit anda sentiasa berseri dan dilindungi daripada radikal bebas dan tekanan persekitaran.
Selain itu, ia mengandungi bahan semula jadi seperti Minyak Camelia, Vitamin C (IP-VC) dan Black BeeOme dengan kelebihan seperti penghidratan mendalam, peremajaan, pencerahan dan perlindungan yang optimum.
Menurut Naim Tolahah, Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama JardinPeau berkata “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan bedak SkinFix Pro ini ke pasaran Malaysia! Produk ini adalah hasil usaha kami untuk menggabungkan yang terbaik dari segi penjagaan kulit dan kosmetik ke dalam satu penyelesaian yang mudah dan berkesan. Di JardinPeau, kami menggunakan bahan semulajadi terbaik dipadukan dengan teknologi canggih, termasuk bahan ikonik Salmon DNA kami. Ini memastikan setiap pelanggan menikmati manfaat luar biasa untuk kulit mereka dengan setiap sapuan,”
SkinFix Pro ini direka untuk semua jenis dan tona kulit, dan memberi kesan ‘finishing’ yang sempurna, lebih matte dan anda akan tampak lebih segar serta berseri. Jangan risau! Bedak ini selamat digunakan bagi ibu mengandung dan yang sedang menyusu. Yup! Tiada yang mustahil lagi dan ini lah peluang yang anda kena rebut bagi miliki kulit bebas minyak dan berseri dengan SkinFix Pro Powder. Jangan ketinggalan untuk dapatkan SkinFix Pro–Grandeur Radiance Fixative Powder (8g) ini di laman web rasmi TikTok, Shopee dan Lazada JardinPeau.