TIRTIR, Produk Kecantikan Kegemaran Ramai Kini Berada Di Pasaran Malaysia!

Kepada semua wanita di Malaysia dan pengguna yang menggemari produk kecantikan TIRTIR ini, berita gembira untuk anda. AINZ & TULPE telah memperkenalkan dan membawa masuk rangkaian produk TIRTIR ini ke pasaran Malaysia pada 26 September 2024 yang lepas. Ini lah peluang anda untuk rasai sendiri pengalaman ‘magik-nya’ sentuhan produk ini. 

AINZ & TULPE, mengetengahkan produk-produk kecantikan dan kesihatan terkini yang berasal dari Jepun sejak tahun 2002. Ia kembangkan sayapnya ke Malaysia pada Mei 2002 dan menjadi destinasi utama kepada mereka penggemar kecantikan yang mencari trend kecantikan Asia.

“Kami sangat teruka untuk membawa rangkaian produk TIRTIR yang menarik ini ke Malaysia, memberi peluang kepada pengguna-pengguna kami untuk mengalami inovasi kecantikan terkini daripada jenama terkenal ini. Komitmen TIRTIR terhadap produk berkualiti dan kesihatan kulit sejajar dengan misi kami untuk menawarkan hanya yang terbaik kepada pengguna kami.” kata Seiji Kato, Ketua Pegawai Operasi AMC Retail Malaysia Sdn. Bhd. 

TIRTIR ini yang diasaskan pada 2015 dengan gabungan terbaik dari alam semula jadi dan sains. Penawaran terbaru di AINZ & TULPE termasuk produk terkenal yang dinanti-nantikan seperti TIRTIR Mask Fit Red Cushion, TITIR Tone Up Essence, TIRTIR Mask Fit Aura Cushion, TIRTIR Mask Fit Cushion, TIRTIR Mask Fit All-Cover Cushion, TIRTIR Tone Up Cream, dan TIRTIR Mask Fit All-Cover Dual Concealer. 

Perlindungan yang sempurna, tekstur ringan dan mempunyai khasiat yang menyuburkan kulit, membuatkan produk ini menjadi kegemaran ramai. TIRTIR Mask Fit Red Cushion, mempunyai perlindungan sehingga 72 jam dengan kemasan separa ‘matte’, memastikan kulit berseri dan kelihatan kulit bak kaca serta rekaan ‘puff’ berbentuk telur membolehkan aplikasi yang tepat, meliputi setiap sudut wajah. Ia menjadi produk paling laris di Jepun. Manakala, bagi TIRTIR Tone Up Essence pula, produk asas serba guna yang melindungi kulit daripada sinaran matahari, memberikan manfaat penjagaan kulit, dan hasil kulit yang berseri. Dengan pilihan warna Mint, Lavender dan Beige, ia juga dapat memperbaiki tona kulit, melembapkan, dan memberikan efek kulit tampak segar. 

Anda kini boleh dapatkan kesemua produk TIRTIR di kedai AINZ & TULPE di Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, Pavilion Bukit Jalil, dan IOI City Mall. Selain itu, anda boleh layari www.ainz-tulpe.com.my, untuk ketahui maklumat lanjut mengenai AINZ & TULPE ataupun ikuti laman sosial kami:

Facebook: https://www.facebook.com/ainztulpemalaysia.official

Instagram: https://www.instagram.com/ainztulpemalaysia.official/

TikTok: https://www.tiktok.com/@ainztulpemalaysiaXiaoHongShu: https://www.xiaohongshu.com/user/profile/5e8d8d240000000001001649