53 graduan baharu yang menerima latihan dalam dua bidang kecantikan utama: dandanan rambut dan seni solekan telah diraikan pada 7 November 2024 dalam Program Fondation L’Oréal’s Beauty For A Better Life (BFBL), dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls).
Program BFBL ini telah memasuki tahun kelapan dan berjaya melahirkan 249 graduan dengan rekod cemerlang 90% kadar pekerjaan tercapai dalam tempoh tiga bulan selepas tamat latihan.
Pada majlis tersebut, Tomas Hruska, Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia, menegaskan impak transformasi program ini, “Beauty For A Better Life mewakili misi jangka panjang L’Oréal Malaysia bagi membantu individu mencipta kejayaan bermakna dalam kehidupan mereka. Kami amat berbangga untuk memperkasakan kumpulan pelatih baharu ini yang bakal menjadi inspirasi dalam komuniti mereka menerusi kemahiran yang mereka asah di sini.”
Tambah beliau, “Kolaborasi kami bersama WOMEN:girls turut melengkapi kejayaan program ini. Melihat semangat dan dedikasi para graduan ini amat menginspirasikan kita semua. Kami berharap perjalanan mereka sebagai usahawan kecantikan mampu menjadi penyala harapan kepada individu lain membuktikan bahawa dengan azam, mereka mampu mengubah kehidupan dan komuniti.”
Program ini memfokuskan terhadap pemerkasaan wanita menghadapi situasi mencabar, dengan kebanyakannya tergolong daripada kumpulan berpendapatan rendah, menerusi penyediaan latihan kemahiran dan pembangunan interpersonal yang mempersiapkan mereka untuk melanjutkan kerjaya cemerlang sebagai jurusolek atau pendandan rambut. Antara graduan tahun ini ialah:
• Vinmalar A/P Rabil, penganggur lulusan SPM berumur 20 tahun yang mempunyai minat mendalam terhadap solekan tetapi berdepan masalah kewangan bagi melanjutkan latihan formal. Dengan sokongan BFBL, Vinmalar kini mempunyai asas bagi mengejar karier impiannya.
• Cheong Yi Wen, yang menemui tujuan baharu dalam BFBL selepas mengalami keletihan fizikal, mental dan emosi (burnout) dan cabaran kesihatan mental dalam kerjayanya sebelum ini. Program ini membolehkannya bertemu sisi kreatif, dan kini merancang untuk meluaskan kemahirannya terhadap solekan kesan khas (SFX).
Izza Izelan, Pengarah Eksekutif WOMEN:girls, memuji impak kerjasama itu berkata, “Kemajuan yang telah kami saksikan dalam kalangan peserta amat memberi inspirasi. Ramai yang bukan sahaja mengembangkan kemahiran profesional, tetapi juga berkembang dalam keyakinan diri. Tahun ini, kami juga melihat sebahagian daripada impak kembali ke dalam program ini dengan salah seorang peserta terdahulu yang menyumbang sebagai Pendidik. Di WOMEN;girls, kami percaya pada kuasa pendidikan untuk mencipta perubahan masyarakat yang berkekalan, dan BFBL adalah contoh terbaik komitmen ini.”
Selain itu, graduan dandanan rambut BFBL 2022, Nursyasya Afina binti Suhaimi turut serta dan kembali sebagai mentor bagi kohort dalam Kursus Dandanan Rambut BFBL 2024. Nursyasya kini memiliki dua salun rambut di Melaka dan baru-baru ini melancarkan akademi latihannya sendiri.
Program Beauty For A Better Life ini dilancarkan pada tahun 2016 dan telah memberi manfaat kepada lebih 249 wanita sehingga kini. L’Oréal Malaysia berterusan untuk meluaskan capaian program ini menerusi pembukaan pusat-pusat latihan baharu, melatih tenaga pengajar, menawarkan sesi motivasi, mengadakan kelas induk dengan kerjasama L’Oréal Professionnel dan L’Oréal Paris, serta membantu penempatan kerja.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Beauty For A Better Life, layari L’Oréal Foundation.