Selepas watak Adam dalam drama Aku Tanpa Cintamu, Zamarul Hisham kembali menjadi manusia yang dibenci netizen Malaysia dengan menjadi Datuk Mazlan dalam Aku Tanpa Cintamu.

Mana tidaknya, membawa watak datuk gatal, dialog-dialog panas yang dilontarkan kepada watak Aina Cempaka lakonan Zahirah Macwilson dalam satu babak episod 12 drama tersebut cukup membuatkan netizen loya.

“Pergi basuh bersih-bersih ok, tak basuh pun tak apa I suka.”

Bukan itu sahaja, ada lagi beberapa dialog Datuk Mazlan yang dikatakan mengandungi unsur double meaning.

“Alahai putihnya kaki, merah buku lali ni..tumit. Ok i buka. Kaki pun wangi ni haa… ni bidadari ke apa ni.”

Berderau darah dengar dialog pelakon veteran ni. Betul betul berbisa aura lakonannya. Kalaulah kita yang menonton ni kalau boleh masuk dalam TV, maunya Datuk Mazlan tu kena smackdown.