Solusi untuk Kulit Cerah dan Segar: Produk Terbaru Safi Malaysia – Safi Perfect White Exfoliate Range!

Safi Malaysia adalah jenama kecantikan HALAL yang mengeluarkan rangkaian produk penjagaan kulit dan produk mandian yang unik dan komprehensif yang dicipta eksklusif untuk memenuhi keperluan wanita dan lelaki Muslim moden. Diperbuat dengan ramuan semula jadi yang terbaik dan mengikuti kehendak Syarak, Safi Malaysia berpegang teguh dengan prinsip bebas alkohol dan gelatin dalam semua produk mereka. Untuk memastikan kualiti produk yang terbaik, semua produk Safi dibuat dalam kilang Malaysia. 

Pada Januari 2025, Safi mengeluarkan rangkaian produk terbaru – Safi Perfect White Exfoliate Range, solusi penjagaan kulit yang dicipta untuk mencapai kulit cerah dan segar secara selamat dan efektif. Rangkaian produk yang inovatif ini menggabungkan bahan-bahan yang semula jadi, membolehkan pengguna mencapai kulit yang seri, cerah dengan penuh keyakinan.  

Rangkaian produk baru dari Safi Malaysia, Safi Perfect White Exfoliate terdiri daripada 4 produk utama:- 

  • Pembersih Muka Safi Perfect White Gentle Chemical Exfoliate 
  • Safi Perfect White Gentle Chemical Exfoliate Toner
  • Serum Safi Perfect White Exfoliate Multi-Action 10% Acids
  • Krim Pelembap Muka Safi Perfect White Exfoliate Multi-Action Soothing & Brightening

Rangkaian produk ini mengandungi 100X Vitamin C dan gabungan AHA, BHA, PHA yang kuat, mencerahkan kulit anda dan bertahan lama. Ia juga sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

Safi Malaysia juga turut menyediakan panduan untuk eksfoliasi dan mencerahkan kulit dalam 1 aplikasi. 

  • Pembersih Muka Safi Perfect White Gentle Chemical Exfoliate 
  1. Sapu dan ratakan pada muka basah
  2. Bilas dengan air bersih dan keringkan kulit muka
  • Safi Perfect White Gentle Chemical Exfoliate Toner
  1. Gunakan pada waktu pagi dan petang untuk wajah dan leher yang lebih bersih
  • Serum Safi Perfect White Exfoliate Multi-Action 10% Acids
  1. Sapukan 2 hingga 3 titis pad muka atau tapak tangan. 
  2. Ratakan perlahan-lahan pada kulit sehingga diserap sepenuhnya
    *Disarankan guna serum selepas pembersih muka dan toner
  • Krim Pelembap Muka Safi Perfect White Exfoliate Multi-Action Soothing & Brightening
  1. Sapu rata pada muka dan leher yang telah dibersihkan selepas toner dan pelembap
  2. Ratakan perlahan-lahan dalam gerakan bulat sehingga diserap sepenuhnya

Bagi mendapatkan kulit yang optimum, anda juga boleh gandingkan dengan Pelindung Matahari Safi kegemaran anda. 

Kini, anda boleh dapatkan kesemua rangkaian produk Safi Malaysia ini di semua farmasi utama dan pasar raya berdekatan. Untuk maklumat lanjut tentang program ini atau info terbaru, sila layari laman web rasmi Safi Malaysia.