
Blackmores, jenama kesihatan semula jadi buatan Australia terus komited dalam menyediakan produk berkualiti tinggi, sekaligus memperkukuhkan kepercayaan pengguna dan memenuhi keperluan masyarakat dengan menjadi yang pertama memperoleh Pensijilan Halal JAKIM.
Dhaliff Anuar, Ketua Perundingan & Penasihat Halal dari Halal Development Corporation Berhad (HDC) telah menyerahkan sijil Halal tersebut kepada Kumaran Chandrasergaran, Pengurus Negara BLACKMORES bagi Malaysia & Singapura pada majlis yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South baru-baru ini.
Pensijilan ini membuktikan dedikasi BLACKMORES terhadap piawaian keselamatan yang ketat, sumber bahan yang telus dan pembuatan yang mampan bagi memastikan produknya memenuhi piawaian global tertinggi.
Menurut Kumaran Chandrasergaran, Penurus Negara BLACKMORES bagi Malaysia & Singapura berkata “Bagi kami, pensijilan Halal ini bukan sekadar soal pematuhan; ia mencerminkan komitmen kami terhadap ketelusan, penyumberan beretika dan integriti dalam setiap aspek perniagaan kami, daripada ramuan hingga ke pembungkusan,”
“Mendapatkan pensijilan Halal adalah langkah penting dalam memperkukuh kepercayaan pengguna. Bagi pelanggan kami yang beragama Islam, pensijilan ini meningkatkan keyakinan mereka untuk menggunakan produk keluaran BLACKMORES yang selari dengan pegangan mereka. Manakala untuk semua pengguna, ini adalah janji BLACKMORES terhadap kualiti dan keselamatan,” tambah Kumaran.
Selain daripada meningkatkan keyakinan pengguna dalam menyediakan penyelesaian kesihatan holistik yang menyumbang kepada kesejahteraan mereka, tetapi dengan pensijilan ini juga dapat membuka peluang yang lebih besar dan mengukuhkan kedudukan jenama dalam pasaran kesihatan Malaysia.
“Pencapaian ini mencerminkan hubungan erat antara Australia-Malaysia, sekali gus menyerlahkan bagaimana inovasi dan komitmen Australia terhadap kualiti sejajar dengan nilai dan piawaian Malaysia. Pencapaian BLACKMORES dalam memperoleh pensijilan Halal JAKIM menjadi bukti jalinan kerjasama yang semakin kukuh antara kedua-dua negara, yang memberi manfaat kepada perniagaan dan pengguna,” kata Danielle Heinecke, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.
“Pensijilan Halal BLACKMORES menjadi contoh terbaik kepada piawaian global dan amalan beretika dalam industri kesihatan. Kami berbesar hati dapat menyokong dedikasi BLACKMORES terhadap kecemerlangan dan kebolehpercayaan dalam memenuhi keperluan pengguna Muslim,” kata Dhaliff Anuar, Ketua Perundingan & Penasihat Halal di Halal Development Corporation Berhad.
Bukan itu sahaja, BLACKMORES juga turut mendapat pengiktirafan Anugerah Platinum bagii Anugerah Jenama Paling Dipercayai, setelah memenangi anugerah berprestij itu selama 10 tahun berturut-turut melalui undian oleh pengguna Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang produk penjagaan kesihatan semulajadi BLACKMORES, pelanggan boleh melayari blackmores.com.my.